Diana Danielle tolak tawaran damai dari Farid Kamil, tetap mahu penceraian

2,148 views

Semalam Farid Kamil, 42 tahun telah membuat kenyataan dengan menawarkan beberapa tawaran kepada isterinya, Diana Danielle, 32 tahun. 

Antaranya beberapa barang kemas, sejumlah wang dan juga kereta Velfire. Tawaran ini sebagai jalan pendamaian kepada Diana Danielle yang meminta untuk dilepaskan dari ikatan perkahwinan mereka. 

Hari ini, melalui peguam, Diana Danielle nampaknya telah menolak tawaran dari Farid Kamil itu. 

Kata peguamnya, Diana tak mahu sebarang tawaran untuk berdamai dari suaminya. 

Ini kenyataan dari peguam yang mewakili Diana Danielle dari laporan Harian Metro. 

“Anak guam iaitu Diana, tak mahu apa-apa daripada Farid dan Diana cuma meminta untuk dirinya dilepaskan dengan cara yang baik.”  

“Cumanya ada satu yang dia minta iaitu Farid tidak akan abaikan tanggungjawab nafkah kepada dua anaknya selepas mereka berpisah.”  

“Anak guam saya mahukan perpisahan dan dah pun anggap perkahwinan di antara mereka sudah pun berakhir dan ianya tak boleh untuk diselamatkan lagi.” 

“Terma penyelesaian muktamad ini bukan untuk mereka berbaik semula tetapi ke arah perceraian. Sebagai peguam Diana, saya dah sampaikan hal ini kepada peguam Farid semalam. Penyelesaian ini kita akan dimuktamadkan dan diberikan di mahkamah.” 

Jelasnya lagi Diana Danielle tidak hadir di mahkamah untuk proses sulh bukan kerana ingkar perintah mahkamah sebaliknya disebabkan sudah memberi kata muktamad kepada pihak peguam Farid Kamil untuk berpisah 

“Pihak kami dah maklumkan peguam Farid, bahawa Diana tidak dapat hadir pada prosiding sulh kerana mahu sediakan perjanjian dan selepas itu akan kemukakan kepada mahkamah. Kami pun tidak tahu Farid akan hadir pada proses sulh sebab kami dah maklumkan kepada peguamnya.” 

“Saya dan anak guam tak hadir proses sulh sebab kami dah beri terma penyelesaian muktamad kepada peguam Farid untuk teruskan dengan perpisahan.” 

Itulah kenyataan dari pihak Diana Danielle menerusi peguamnya.