Farid Kamil dedah kisah Diana Danielle halau ibu, minta maaf kepada ibu mertuanya

4,112 views

Ketika temubual semalam, pelakon Farid Kamil berasa pelik dan musykil setelah melihat isterinya, Diana Danielle secara tiba-tiba kembali berbaik semula dengan ibu kandungnya, iaitu Norsiah Ramli. 

Farid Kamil mendedahkan sebenarnya Diana Danielle telah menghalau ibu mertuanya itu keluar dari rumah pada tahun 2019.  

Sejak itu, Farid Kamil tidak dapat hubungi ibu mertuanya lagi.  

“Sebenarnya dah lama saya tak dapat nak contact mama Norsiah (ibu kandung Diana Danielle). Setahu saya mama sudah dihalau sendiri oleh Diana untuk keluar dari rumah kami sejak tahun 2019.” 

“Tetapi secara tiba-tiba pada tahun 2023 ini, mama telah muncul di sini, di mahkamah bersama Diana, memang saya terkejut.” 

Farid Kamil kemudian berkata, Diana sendiri kena jelaskan apa puncanya hubungan antara Diana dan ibunya menjadi renggang. 

“Bagi saya Diana yang kena jelaskan kepada saya mengapa dia telah menghalau mama keluar dari rumah dan tidak mahu berjumpa dengan ibunya di waktu itu.” 

“Dan apabila tiba-tiba mama muncul, saya terkejut sebab saya dah lama lost contact dengannya kerana Diana sendiri dah putuskan hubungan dengan ibunya itu.” 

Dalam pada itu, di awal pagi Rabu, Farid Kamil telah muatnaik satu kenyataan di laman Instagram miliknya. 

Dari kenyataan yang dibuat, Farid Kamil telah memohon maaf kepada ibu mertuanya itu secara terbuka kerana kenyataannya ini. 

Selain itu, Farid Kamil juga menarik semula kenyataan yang dibuat tentang kehadiran pihak ketiga dalam rumah tangganya. 

“Saya secara terbuka dengan rendah diri memohon maaf kepada ibu mertua saya, Norsiah Ramli dan juga Diana Danielle di atas kenyataan saya pagi tadi.” 

Ini yang ditulis oleh Farid Kamil. 

Sehingga kini, Diana Danielle tidak memberi sebarang kenyataan berkaitan isu yang melibatkan ibu kandungnya ini.