Jari Shahronizam terputus, tak dapat diselamatkan

5,834 views

Satu berita baru diterima yang mana pelakon Shahronizam Noor telah diuji pada bulan Ramadhan tahun ini. 

Pelakon berumur 51 tahun ini telah kehilangan jari kelingking di sebelah tangan tangannya. 

Ianya berlaku apabila jarinya itu terkena pisau pemotong ketika Shahronizam cuba memotong ayam, namun ianya telah tersasar dan terkena jari berkenaan.  

Shahronizam, yang merupakan suami kepada penyanyi Safura, kemudian telah dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kecemasan akan tetapi pihak doktor mengatakan jari kelingkingnya tak dapat diselamatkan. 

Hal ini disahkan oleh anaknya bernama Daniel Khairi. 

Jelas Daniel, insiden tersebut terjadi pada hari Isnin, sebaik saja mereka sekeluarga berbuka puasa bersama sama.  

“Selepas selesai kami sekeluarga berbuka puasa, abah ada masuk ke dapur untuk memotong daging ayam sebab nak bagi makan kepada kucing peliharaan kami.” 

“Namun semasa dia nak memotong daging ayam tu, pisau yang abah guna telah tersasar dan kena pula pada jari kelingkingnya.” 

“Nampak jarinya yang terkulai putus, kami terus hantar abah ke hospital untuk dirawat, sebab nampak memang kecederaan abah tu parah.” 

Di hospital, pendarahan telah diberhentikan dan luka telah dibalut kemudian jari yang terputusa itu di masukkan ke sebuah bekas dan dibekukan.  

Rawatan atau proses untuk sambung jari berkenaan tak dapat dibuat segera sebab tiada doktor pakar ketika itu. 

“Pihak hospital kena tunggu pengesahan dari doktor pakar sama ada jari tersebut boleh disambungkan semula atau sebaliknya.” 

Sehingga kini, Shahronizam masih berada di Hospital Ampang dan keadaannya stabil.  

Namun begitu, doktor pakar telah mengesahkan memang jari berkenaan tak dapat disambung semula. 

“Pada pagi Selasa, doktor pakar ada menyatakan bahawa jari abah tu tak dapat disambungkan semula kerana urat arteri telah pun terputus.” 

Dari laporan portal Mstar, Daniel berkata Shahronizam akan berada di wad dan akan dirawat di hospital sehingga luka di jarinay itu sembuh.