Pasangan suami isteri selebriti iaitu Mizz Nina dan Noh Salleh dari kumpulan Hujan dikatakan sudah berpisah dengan talak satu semalam.
Dari laporan Harian Metro, pasangan ini berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur.
Dari satu sumber, pasangan berkenaan telah memfailkan untuk penceraian kira-kira sebulan lepas pada tarikh 14 Jun lalu di mahkamah yang sama.
Dikatakan perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan untuk melafazkan talak dengan kebenaran dari pihak mahkamah.
Sehingga kini tiada respon dari kedua belah pihak iaitu Mizz Nina dan Noh Hujan yang tidak membalas mesej dari pihak media.
Dalam pada itu, ada pengguna laman media sosial yang mula berbicara tentang kes ini.
“Semakin takut untuk mendirikan rumah tangga ni apabila dengar ada selebriti cerai-berai ni. Hari ini ada pasangan selebriti yang punyalah baik depan media tapi akhirnya kini dah bercerai pula pagi tadi dekat Mahkamah Gombak Timur. Sampai sekarang masih lagi belum masuk media lagi.”
Kisah antara Noh Hujan dan juga Mizz Nina memang banyak bertebaran sejak kebelakangan ini.
Noh Hujan dalam satu kenyataan beberapa minggu lalu, ada menafikan rumah tangga nya sedang goyah dan mengatakan berita berkenaan tidak benar.
Mizz Nina, 42 tahun, juga dilihat ada meluahkan rasa hatinya di laman Instagram sejak akhir-akhir ini dengan memuatnaik kata-kata yang berbaur rasa kcewa.
Ada juga dakwaan liar mengatakan penyanyi dari band Hujan berumur 37 tahun itu ada bermain kayu tiga namun semuanya hanya kata kata liar saja.
Untuk info, Noh Hujan dan Mizz Nina telah mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan baru saja mengambil anak angkat bernama Musa pada bulan April yang lalu.