Lana Nodin akhirnya tayang wajah tanpa filter

41,122 views

Lana Nodin Mckienzie secara terbuka memberitahu bahawa dia ada buat satu procedure di negara Korea Selatan. 

Procedure itu bernama rhinoplasty dan bahagian yang dia buat itu adalah bahagian hidungnya. 

Pelakon ini kemudian ada muatnaik beberapa video dan juga foto selepas saja procedure berkenaan selesai. 

Katanya, procedure berjalan dengan baik sekali dan tiada komplikasi yang timbul. 

Hasilnya pun dapat diamati orang ramai kerana Lana Nodin dah pun tayang keadaan terkini hidungnya. 

Rata-rata memang mengatakan hidung Lana Nodin kelihatan lain dari sebelum ini, dan ramai juga memuji kecantikkannya, dah macam gadis dari Korea, antara komen yang diterima. 

Namun begitu, ada juga yang melihat gambar serta video itu seakan diedit dan diolah untuk menjadi lebih cantik. 

Ada mengatakan Lana Nodin menggunakan filter untuk bertambah cantik. 

Melihat ada komen sedemikian, lana Nodin kemudiannay terus saja muatnaik dua keping foto dirinay tanpa menggunakan filter, langsung tidak ada sebarang edit. 

“Ada yang nak sangat tengok aku tak pakai filter kan. Tu gambar nombor dua tu aku dah tak ada pun nak pakai filter dan satu edit pun  takde. Tapi foto yang nombor satu tu memang aku pakai filter. Dah korang nilai lah sendiri.” 

Selain itu, Lana Nodin juga menggunakan hashtag ini, “aku yang operate hidung ko pula yang panas”.  

Ini gambarnya, tanpa filter. 

Melihat ruangan komen, ramai yang memberi sokongan kepada pelakon berumur 42 tahun ini. 

Turut kelihatan ialah beberapa komen dari rakan artis termasuklah Puteri Aishah, Betty Rahmad, dan juga Ning Baizura. Rata-rara emmuji kecantikkan Lana Nodin. 

Ning Baizura menulis komen ini: “You do you sister, love. Yang paling penting kau memang cantik dan sedang bahagia, amin.” 

Untuk info, Lana Nodin buat procedure ini atas keizinan suaminya iaitu David Mckienzie dan dia buat kerana pernah terlibat dengan insiden di bahagian hidung semasa muda dulu.