Pertama kali Ally Iskandar tayang wife dan baby “Cantiknya isteri Ally Iskandar”

10,364 views

Pengacara Ally Iskandar telah pun hampir tiga tahun berkahwin. Sejak berkahwin pada tahun, Ally Iskandar memang jarang muatnaik foto bersama isterinya itu.

Nama isterinya itu ialah Marlina Ibrahim, wanita yang berasal dari Temerloh Pahang.

Dalam perkembangan terkini, sebenarnya, Ally yang terkenal sebagai pengacara Malaysia Hari Ini di TV3, sebenarnya telahpun menimang cahaya mata bersama isterinya itu.

Buat kali pertamanya, Ally Iskandar telah upload sekeping foto isteri dan juga baby nya itu dengan caption “Suri Jiwa”.

Suri Jiwa itu kemungkinan nama kepada anak Ally Iskandar dan juga isterinya itu. Namun ada juga mengatakan ungkapan suri jiwa itu hanya caption jiwang dari Ally buat dua permata hatinya itu.

Ini fotonya.

Kalau ikutkan ini baru kali kedua Ally Iskandar muatnaik gambar isterinya itu. Sebelum ini Ally pernah bergambar bersama Marlina Ibrahim ketika sambutan hari raya sekitar tahun 2020, yang mana ketika itu tak dibenarkan merentas negeri untuk sambutan hari raya Aidilfitri.

Diruangan komen, rata-rata peminat gembira dan teruja dapat melihat wajah terkini isteri Ally Iskandar.

Fuh kali pertama nampak gambar isteri, bagi gambar berdua terus dengan anak.” Komen seorang followernya.

Ni first time nampak gambar wife dan anak. Cantiknya wife abang Ally Iskandar. Semoga bahagia hingga jannah.

Akhirnya barulah dapat tengok suri jiwa Ally, dah ada babby rupanya. Wah Maryam akhirnya dah ada adik.

Untuk info, ini merupakan perkahwinan kali kedua Ally Iskandar. Sebelum ini pengacara ini pernah bernikah dengan Farah Lee pada tahun 2012.

Hubungan antara Ally Iskandar dan juga farah Lee akhirnya tidak berpanjangan dan terlerai pada tahun 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Maream Esabel.