"Doktor bagitau can’t see anything between the legs" Perkembangan terkini baby Scha Alyahya - News Tel

“Doktor bagitau can’t see anything between the legs” Perkembangan terkini baby Scha Alyahya

54,342 views

Pelakon Scha Alyahya dan pengacara terkenal Awal Ashaari telah diketahui ramai bakal menimang cahaya mata kedua mereka setelah Scha disahkan hamil pada tahun ini.

Dilabel sebagai baby pada musim PKP, kini usia kandungan Scha Alyahya telah pun masuk 6 bulan, lebih kurang 25 minggu, dah nak masuk ke fasa trimester yang terakhir.

Kalau dah masuk 6 bulan ni, selalunya dah boleh tahu gender baby dalam kandungan. Sekitar minggu ke 20, secara genetic, baby dah mula membentuk organ pembiakan.

Dalam perkembangan terkini kandungan Scha Alyahya, dia akui dah buat scan beberapa kali, dan doctor ada beritahu jantinanya.

Scha Alyahya nampaknya tak berniat nak sembunyikan gender baby nya dan buat masa sekarang, dia memang ada tanya doktornya jika pergi checkup.

Menerusi ujian imbasan yang dilakukan, doctor mengatakan, buat masa sekarang nampak seperti masih lagi tertutup.

Hal ini dinyatakan oleh Scha di laman media sosial miliknya, setelah ada peminatnya yang bertanya tentang gender anak dalam kandungan.

Honestly kita kalau boleh tak nak sembunyikan hal ini, ramai orang tanya hal ini. Sekarang ni, dah dua kali pergi check, tapi dia masih lagi tutup. Doktor kata you can’t see anything between the legs. Apapun, dia suka sorok, suka tutup dan cover muka dia, macam kakak dia, Lara Alana”.

Tambahnya, sebenarnya dia tak kisah pun kalau dapat anak lelaki ataupun anak perempuan. Dua-dua pun okey sahaja. Bagi Scha Alyahya yang paling penting adalah baby nya selamat dan sihat.

Saya jujur tak kisah kalau dapat baby boy atau baby girl, paling penting adalah sihat. Kalau anak perempuan pun okey, nanti we try another one. Kalau baby boy, Awal Ashaari kena fikir macam mana nak bawa anak main bola sepak”.

Apapun, Scha Alyahya akan buat pengumuman setelah doctor dapat buat pengesahan seratus peratus jantina anaknya nanti.

Latest from Hiburan


Netizen naik angin, foto tak bertudung Neelofa dimuatnaik pelawak

3,782 views

Kisah tentang penghijrahan selebriti terkenal tanah air, Neelofa telah menjadi pembakar semangat untuk ramai orang di luar sana turut berhijrah.

Rata-rata memberi respon yang positif dan sambut baik penghirahan dari bekas pengara Meletop ini.

Namun baru-baru ini, seorang pelawak tempatan, bernama Kc Nazri, dilihat seperti tak hormati perubahan yang dibuat Neelofa.

Mana tak nya, Kc Nazri telah upload sekeping foto menunjukkan Neelofa di zaman awal kemunculannya yang tak menutup aurat.

Caption yang ditulis ialah how it’s started merujuk gambar lama Neelofa itu dan how it’s going, merujuk gambar terkini Neelofa yang sudah pun memakai niqab.

Ternyata hal seperti ini membuatkan netizen naik angin dan melabel apa yang dimuatnaik oleh Kc Nazri itu langsung tak patut dan tak sesuai. Apatah lagi memuatnaik gambar Neelofa yang lama dan tak memakai tudung.  

Ramai tampil meminta Kc Nazri untuk delete gambar berkenaan, dan memohon maaf kepada pelakon dan pengacara berkenaan.

Sudah lebih seminggu di muatnaik, tiada respon balas dari Kc Nazri dan gambar itu masih lagi ada di tayangkan.

Netizen berpakat beramai-ramai agar semua orang untuk report sahaja akaun milik Kc Nazri itu. Malah ada yang menyarankan agar Neelofa saman sahaja pelawak berkenaan.

Kemudian, ada juga netizen yang cuba mengkaji mentality Kc nazri ini, dan mendapati bahawa pelawak ini memang pernah buat lawak yang tak sensitive.

Antaranya ialah lawak berkaitan kapal terbang MH370 sebelum ini, yang mana katanya, dia sedih tentang kisah MH370 itu, tetapi bukan sebab hilang, tetapi sebab kekasihnya tak naik kapal terbang berkenaan.

Untuk info Kc Nazri pernah menyertai rancangan reality Lawak Solo terbitan Astro sebelum ini. Lawak Solo dimenangi oleh Danial, tempat kedua Mad Sabah dan tempat ketiga Fikry Ibrahim.

Go to Top