Elly Mazlein cerita asal usul nama Kak Lina Kepom, dari mana datangnya..

1,774 views

Rezeki Elly Mazlein kini dilihat semakin mencurah-curah dalam dunia seni tak kiralah dalam bidang nyanyian, pengacaraan dan juga bidang lakonan. 

Bukan itu saja, Elly Mazlein turut dipilih menjadi penyampai radio untuk radio Era di hujung minggu menjayakan Carta 40 di station berkenaan. 

Sememangnya sejak menjadi pengacara Gegar Vaganza, nama Elly Mazlein semakin meniti di bibir para peminat. 

Elly Mazlein ni seringkali disebut dengan nama lain seperti Kak Kepom dan juga Lina Pom Pom. 

Oleh itu ramai juga yang tertanya macam mana nama berkenaan boleh melekat kepada Elly Mazlein. 

Hal ini akhirnya dijawab oleh tuan punya badan sendiri setelah rakannya iaitu penyampai radio bernama Shah Gegar. 

Shah Gegar ada bertanya secara terus kepada Elly Mazlein bagaimanakah asal usul nama Kak Kepom atau Kak Lina Pom Pom itu. 

Ini antara kata-kata dari Shah Gegar.

“Okey nama Kak Lina Pompom tu dari mana eh, saya sendiri pun asyik tertanya tanya hal ini. Jao saya pergi tanaya kat dia sendiri.” 

“Eh Kak Lina, kebetulan dah jumpa Kak Lina ni ada yang bertanya, macam mana boleh dapat nama Kak Lin Pompom tu.” 

Elly Mazlein terus saja menjawab asal usul namanya itu yang mana ianya bermula ketika penyertaannya dalam Gegar Vaganza musim ketiga. 

“Sebenarnya masa tu Kak Lina masuk Gegar Vaganza atau GV3 pad atahun 2016. Yang mana masa tu Kak Lina punya fans terdiri dari kawan-kawan saja.” 

“Oleh itu dorang ni semua tahu lah nama panggilan Kak Lina dan juga nama samaran Kak Lina ni.” 

“Jadi dorang masa tulis nama Kak Lina Pom Meletops, kan kalau bunyi pom tu macam meletops. Masa tu nama Kak Lina Pom Meletop.” 

“Entah macam mana lepas tu, nama saya jadilah Kak Lina Pom Pom. Yang Meletops tu dah hilang, itulah hasilnya nama Kak Lina Pom Pom.” 

“Yang penting tetap nombor syatu, takkan nombor last, janji.” 

Itulah jawapan dari Elly Mazlein tentang asal usul namanya yang kini dipanggil juga dengan nama Kak Lina Kepom, atau Kak Lina Kepom hasil dari nama yang diberi oleh rakan-rakan di GV3.