“Tergamak buat Zamani macam ni, dia tengah down sangat” Ini luahan penuh dari isteri Zamani

803 views

Kini ada satu kisah terkini melibatkan penyanyi terkenal yang kini sedang mempunyai masalah tulang belakang iaitu Zamani, vokalis kumpulan Slam. 

Isteri kepada Zamani iaitu Nur Juliana telah meluahkan rasa terkilannya dengan sikap penganjur konsert yang dijayakan oleh Zamani. 

Konsert Doa Buat Zamani itu dikatakan tidak mendapat bayaran dari pihak yang menganjurnya. 

Nur Juliana muatnaik satu status di Whatsapp miliknya, ini luahan hatinya.  (via Harian Metro)

“Aku ni hanya ada dia, Zamani saja dalam hidup aku tahu, apalah agaknya dosa dia sampai korang tergamak buat dia seperti tu. Sampai sekarang ni pun dia masih lagi percaya yang korang ni kawan dia.” 

“Sekarang ni tinggal lagi satu minggu saja Zamani nak operate ni. Apa niat baru nak bagitahu benda ni semalam. Memang dia tengah down sangat sekarang ni. Korang mesti happy kan.”  

“Kalau lah dia decide untuk terus saja putus harapan untuk hidup atau apa-apa jadi kat dia nanti selepas saja operation, sumpah aku akan cari korang semua ni sampai lah ke lubang cacing. Cctv semua dah ada.”  

“Kesiannya kat laki aku ni, sampaikan satu sen pun dia tak dapat. Tetapi sebenarnya dia dah dapat hidu benda ni dari awal dah. Dan janganlah ingat korang semua ni boleh terlepas. Aku lagi bijak.” 

Dalam pada itu, pihak penganjur juga ada memberi respon balas tentang luahan dari isteri Zamani itu. 

Kata penganjur dari Indera Entertainment, Aalan Ahmad menyatakan, hal ini dah selesai dengan Zamani pada minggu lalu dan ianya dilakukan cara baik.   

“Saya memang amat terkejut bila ada Julie menghantar WhatsApp kepada seseorang yang telah mendakwa saya berbohong tentang duit show suaminya dan cakap tak ada terima bayaran satu sen pun.” 

“Memang saya dah jumpa Zamani, hari Sabtu lepas dan memberitahu bahawa semuanya yang tiket memang tak terjual. Saya pun ajak dia pergi kepada pihak penjual tiket iaitu mytickets.asia.” 

“Mereka belum lagi closing dan hanya akan buat minggu ini. Saya kata kita datang bersama dan akan tahu berapa jumlah tiket yang telah dijual. Saya dah jelaskan semua pembayaran berkaitan dan untung hanya lebih kurang RM4000 saja.” 

Jelasnya, kerana tiket tak terjual, dia telah mengajak ahli kelab untuk memenuhkan tempat yang kosong.  

“Kita telah penuhkan tempat duduk agar ianya nampak keadaan cantik. Waktu jumpa Zamani Sabtu lalu, saya dah beri penjelasan dan masa tu dia okey.” 

“Sebelum pulang kami pun ada bersalaman dan berpelukan. Dia kata tak apalah dia nak buat pembedahan dan selepas tu akan kerja semula. Jadi saya tak faham mengapa hal ini berbangkit pula.” 

Itulah kisahnya melibatkan Zamani dan isterinay dengan pihak penganjur.