“Tak best jadi family artis” Kakak dedah sikap Iman Troye yang ramai tak tahu

1,335 views

Nama penyanyi ni semakin besar dalam dunia seni tanah air. Dilabel antara budak baru nak up yang semakin dikenali ramai, Iman Troye dah mengukuhkan namanya sebagai penyanyi dan juga influencer di Malaysia. 

Namun seperti biasa sebagai artis, sudah tentu ada yang suka dan ada yang kurang minat, dan ada juga yang tak berkenan dengan seseorang. 

Sama juga macam Iman Troye, sebenarnya banyak saja komen kurang enak diberikan kepadanya. 

Walaupn banyak terima komen yang tak berapa nak best dan pedih didengari, Iman Troye masih lagi tenang-tenang saja. 

Kakak kepada penyanyi Iman Troye iaiti Ain Fatiha akui hal ini. 

Malah kakak Iman Troye ini juga ada mendedahkan sisi lain adiknya yang ramai tak tahu. 

Antaranya, Iman Troye ini seornag yang chill saja dan juga seorang yang amat penyayang dengan ahli keluarganya. 

Ain Fatiha ada tunjukkan Iman Troye yang sedang melayan anak buahnya di dalam kereta, membetulkan posisi tidurnya dalam perjalanan. 

Bagi Ain Fatiha, dia melabel adiknya itu sebagai seorang yang kuat dan selalu saja meletakkan family first. 

“Mengapa rezeki awak ni amat murah, ini disebabkan awak selalu saja letakkan keluarga terlebih dulu. Walah ada yang mengata sampai teruk pun, awak selalu saja memberi pesan untuk tidak risau akan hal itu.” 

“Awak ni memang emas, kesayangan semua orang. Semoga kuat adik ku iaitu Iman Alyysa.” 

Ain Fatiha berkata dia akan terus sokong impian serta kerjaya Iman Troye. 

Sementara itu, Ain Fatiha turut berkata ramai yang bertanya adakah seronok untuk jadi family kepada artis yang popular, dan jawapannya ialah tidak sama sekali. 

“Ramai juga yang sealu saja tanya, best tak jadi family kepada artis ini, dan jawapannya ialah tak pun. Orang bebas becakap-cakap, walau tak tahu hal sebenarnya. Kebanyakkan yang diperkatakan itu tak betul sama sekali.” 

Iman Troye yang kini baru berumur 19 tahun, amat popular dengan lagu seperti Teman, Nang dan juga lagu raya Pejam Celik Hari Raya.