Emma Maembong terpaksa seret anak di shopping mall sebab anak tak nak berjalan

8,786 views

Setiap anak-anak, akan ada perangai masing-masing yang tersendiri. Lain orang, lainlah sikap atau perangainya, ini termasuk juga dengan anak kecil. 

Pelakon Emma Maembong dan suaminya, Shazli, mempunyai seorang anak kecil bernama Shariq Gabriel, yang kini dah masuk ke umur 2 tahun lebih. 

Namun nampaknya ada satu perangai lain macam yang ditunjukkan oleh anak sulung Emma Maembong ini. 

Melalui satu video yang dimuatnaik oleh Emma Maembong, Shariq ada satu sikap yang mana dia memang malas nak berjalan ketika di luar terutama di pusat beli belah. 

Shariq Gabriel dilihat lebih suka untuk di dukung oleh ibu bapanya itu ketika keluar berjalan-jalan. 

Apabila di minta untuk berjalan kaki, Shariq akan baring saja di atas lantai. 

Kemudiannya, Emma Maembong dan suami dilihat terpaksa menheret Shariq untuk memaksanya berjalan namun anaknya itu suka untuk diseret pula. 

Ini caption yang ditulis oleh Emma. 

“Apabila anak dah buat perangai, dia tak nak jalan kaki pula. Tapi kita tak nak biasakan dia untuk kena dukung kerana kalau tak akan 24 jam nak kena dukung, dia langsung tak nak jalan.” 

Emma Maembong menambah, oleh kerana Shariq Gabriel suka kena seret, akhirnya ibu bapa mengalah juga dan terpaksalah mendukungnya. 

Sementara itu, Emma Maembong menambah, anaknya itu juga tidak gemar duduk di dalam stroller. 

“Tetapi akhirnya dia ni menang juga, haih. Kita yang kena kalah. Dah bawa stroller pun dia nak duduk dalam tu bila nak tidur saja. Kalau tak dia lari tak nak masuk dalam stroller.” 

“Mesti ramai mak yag kena lalui hal macam ni kan.” 

Pendedahan dari Emma Maembong itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai, malah ada juga yang mengakui anak mereka pun sama macam anak Emma Maembong itu.