“Masa tu SY tergilakan Puteri Sarah, masa merisik pun nak bergaduh macam budak” Rakan

14,316 views

Ramai yang sedang menanti pengakhiran untuk kisah rumah tangga antara Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah dengan kehadiran orang ketiga iaitu Ira Kazar. 

Satu demi satu episod telah didedahkan terutama dari pihak Puteri Sarah Liyana malahan telah membawa kes ini ke mahkamah. 

Keluarga kepada Syamsul Yusof juga dilihat sentiasa menyokong Puteri Sarah Liyana sehingga ibu Syamsul iaitu Datin Patimah mengatakan Puteri Sarah dan anak-anak telah terabai. 

Semalam, satu lagi episod baru telah mula diperkatakan setelah rakan kepada Puteri Sarah Liyana membuka satu lagi cerita. 

Ianya tentang pengalaman dari rakannya itu yang melihat perjalan kisah pasangan ini sejak bertunang lagi. 

Point pertama yang ditulis oleh rakan Puteri Sarah bernama Mea Sukri ini ialah kenangan ketika Syamsul Yusof yang beriya mahukan Puteri Sarah Liyana. 

Ini keratan hantaran dari portal Murai.

“Jika dikenang semula moment ni, memang dapat rasa kecewa yang amat. Time ni dia sedang tergila-gilakan Puteri Sarah, time tu jugak dia nak size cincin. Dia memang dah tak kira jika masa tu Puteri Sarah sedang busy outstation atau tengah buat penggambaran ke apa, dia tak peduli.” 

Post yang keduanya, Mea Sukri menulis bahawa perangai Syamsul Yusof macam budak dan ada satu perasaan cemburu yang keterlaluan.  

“Pada hari majlis merisik pun dah macam nak bergaduh, perangai macam budak. Dia ni amat cemburu, teramat sangat. Dia boleh skodeng Sarah dari jauh sewaktu Puteri Sarah masa tu tengah kerja. Dengan erti kata lain dia amat mengongkong Sarah.” 

“Semasa kena demam denggi pun dia tetap nak teruskan majlis nikah dengan Puteri Sarah. Apapun, Sarah ni tetap ikut dan patuh saja semua yang Syamsul dah tetapkan. Tak boleh pakai ketat, tak boleh gambar dekat denagn lelaki. Banyak pakai jubah hitam sebab Syamsul suka.” 

“Isteri pula jaga anak dengan amat baik di rumah, angkut pergi ke sana ke sini sambil buat perniagannya. Syamsul memang tiada di rumah, jarang sekali, busy sangat katanya.” 

Kata Mea Sukri lagi, dia menulis ini kerana dah tak tahan lagi melihat Puteri Sarah Liyana asyik dilabel dengan pelbagai komen-komen dari orang yang tak tahu cerita sebenar kisahnya dengan Syamsul Yusof. 

Itulah kisahnya pendedahan dari Mea Sukri, seorang jurusolek yang juga rakan baik kepada Puteri Sarah Liyana.