“Emran rindu sangat dengan mummy” Luahan Engku Emran

45,314 views

Sungguhpun tidak begitu aktif di media sosial, Engku Emran memang dah dikenali ramai. 

Walaupun bukanlah seorang selebriti, namun Engku Emran mempunyai pengikutnya yang tersendiri. 

Malahan laman IG miliknya mempunyai lebih 800 ribu pengikut. 

Menjengah di laman media miliknya, sejak kebelakangan ini, Engku Emran dilihat begitu banyak memuatnaik foto bersama anaknya. 

Dua hari yang lepas, Engku Emran mula memuatnaik gambar lama bersama Engku Aleesya di dalam masjid. 

Menerusi foto itu, Engku Emran meluahkan gambar berkenaan diambil ketika beberapa hari sebelum dirinya kehilangan ibu tercinta.  

Jejaka berumur 49 tahun ini menulis bahawa dirinya amat merindui arwah ibunya. 

Ini tulisan dari Engku Emran buat arwah ibunya. 

“Salam mummy. Di pagi ini Emran bangun tidur, dan Emran rasa sangat rindu pada mummy. Gambar ni emran ambil 5 hari sebelum mummy meninggal dunia pada 28 June 2023.”  

“Masa ni Emran baru lepas tunaikan solat maghrib and buat solat hajat bersama Aleesya di Masjid Wilayah.” 

“Ketika ini Emran amat takut untuk kehilangan mummy sangat sebab tu Emran mintak tolong Aleesya untuk menemani Emran solat hajat buat mummy.” 

“Emran tahu mummy berada di tempat yang lebih baik ketika ini. Emran tak akan pernah berdoa untuk mummy dalam setiap sujud ketika solat.” 

Sungguh sayu nukilan hati dari Engku Emran buat arwah ibunya ini. 

Selain gambar bersama anak tersayang, Engku Emran juga ada muatnaik gambar bersama ibunya. 

Sama-sama kita doakan buat arwah ibu Engku Emran ini iaitu Salmah Binti Abu Bakar.

Engku Emran kini masih lagi suami kepada Noor Nabila kakak kepada Neelofa. 

Nama Engku Emran sebelum ini dikenali ramai kerana pernah mengahwini dua pelakon terkenal iaitu Erra Fazira pada tahun 2007 dan juga Bella Cynthia Bella pada tahun 2017 dan kemudian barulah menikahi Nabila pada tahun 2021.