Pertama kali tengok Ustaz Syamsul Debat serius, memarahi pelajar

3,321 views

Antara penceramah yang amat terkenal ketika ini ialah Ustaz Syamsul Debat

Disamping memberi input yang amat baik dan berilmiah, Ustaz Syamsul mengambil pendekatan dengan memberi ucapan secara santai. 

Setiap kalu jikalau mendengar ceramahnya, memang akan dengar banyak jenaka yang lucu yang diselitkan, dan ini membuatkan ramai yang tidak bosan atau mengantuk. 

Pendekatan yang diambil oleh ustaz Syamsul Debat ini membuatkan ramai yang mahu mengikuti setiap ceramahnya. 

Namun begitu, ada juga detik yang mana ustaz Syamsul Debat menjadi garang ketika berceramah. 

Menerusi satu video, ketika berceramah di sebuah sekolah, beliau ada menegur tindakan seorang pelajar. 

Penceramah berumur 46 tahun ini menegur pelajar berkenaan kerana sering menyampuk ketika beliau bercakap. 

Ini pertama kali orang ramai nampak Ustaz Syamsul Debat begitu serius dan marah sebegitu, memang berderau melihatnya. 

“Sekali lagi kalau saya dengar orang yang bercakap tu, aku cari kau. Aku tak tanya kan.” 

“Siapa yang cakap tu mana, tolong tunjuk. Kau ni tak faham bahasa ke.” 

“Adab mana adab, orang bercakap kau pun nak bercakap.” 

“Sebab tu cikgu selalu naik angin dengan korang.” 

“Lepas tu kalau cikgu ambil tindakan, korang cakap pula cikgu tu ada berdendam.” 

“Dari tadi menyahut, aku biar, macam tu je kau kan.” 

“Siapa yang mengajar jadi kurang ajar macam ni.” 

Ini video penuh detika Ustaz Syamsul Debat naik angin tu, tonton di bawah. 

Melihat reaksi ustaz itu, semua hadirin dilihat diam saja, sunyi sepi satu dewan. 

Tidak terus bercakap dengan nada keras, ustaz Syamsul Debat kemudian menukar nadanya, dan kemudian telah menegur dengan nada yang baik.

Sememangnya apa yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat itu betul sama sekali, apa yang penting ialah adab.

Melihat ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan Ustaz Syamsul Debat.