Faizal Tahir sahkan dapat baby ketujuh, seorang anak istimewa, ada Syndrome Down

9,960 views

Penyanyi dan composer terkenal tanah air, Faizal Tahir mengumumkan isteri baru saja selamat melahirkan cahaya mata ketujuh pada Disember tahun lepas iaitu seorang baby girl. Nama yang diberi ialah Maryam Tahirah sempena gabungan nama ibu kepada Nabi Isa, Maryam dan juga nama bapa Faizal sendiri iaitu Tahir.

Jelas Faizal Tahir, kali ini, anaknya ini disahkan mempunyai beberapa masalah kesiahatan dan ianya sejak dari dalam kandungan lagi.

Faizal Tahir berkata, anaknya ini merupakan anak istimewa dan sisahkan alami Syndrome Down.

“Maryam ini merupakan anak kami yang Allah dah berikan keistimewaan. Syukur alhamdulillah, memang special buat saya.”

“Semasa dalam dalam kandungan isteri saya, doktor dah kesan ada beberapa komplikasi. Antaranya isu di bahagian jantung, iaitu tetralogy of fallot.”

“Ketika itu, doktor dah bagitahu memang akan kena buat operation jantungnya selepas lahir kelak.”

Seluruh ahli keluarga Faizal Tahir sudah pun bersedia untuk pembedahan anaknya itu namun sebelum baby dilahirkan, doktor sahkan bahawa anaknya mempunyai Syndrome Down.

“Kami dah prepare untuk buat operation itu dari segi mental, fizikal termasuklah kewangan. tapi kemudian, beberapa bulan lepas, check lagi, doktor periksa lagi, dapat tahu ada masalah lain pula, kali ini di kawasan perut.”

“Doktor cakap ada condition dinamakan duodenal atresia kat perut dia. Ini akan ada isu untuk dia makan nanti.”

“Bila doktor detect ada dua isu pada baby, doktor kata mungkin baby ini ada Syndrome Down.”

“Kira-kira sebulan sebelum isteri bersalin, memang dah disahkan Down Syndrome.”

Faizal Tahir dan keluarga tetap redha dengan pemberian ini.

“Saya terima dengan baik. Saya reda, sebab itu yang Allah bagi. Saya tiada rasa down. Tiada rasa macam kecewa atau frust.”

“Anak saya ini hadir untuk buatkan saya jadi lebih baik. Saya juga akan improve diri saya ni.”

Sebagai info, Faizal Tahir berkahwin dengan isterinya, Siti Raihannim kira-kira 20 tahun yang lalu.