“Sampai tercungap-cungap, lepastu rasa loya, nak muntah” Keadaan terkini Elfira Loy

3,824 views

Pelakon Elfira loy akui, dirinya kini terlalu penat untuk buat kerja rumah kerana sedang sarat mengandung anak keduanya.

Malahan, dia juga akan alami kesukaran untuk bernafas kerana terlalu penat. Walaupun baru saja buat kerja, dia kena rehat lama sebab pernafasannya terganggu.

Sampai tercungap-cungap Elfira apabila dia penat sebab buat kerja ketika ini.

“Saya sebenarnya nak mengemas rumah. Namun apa yang saya perasan sekarang ni memang dah tak larat. Tetapi bukannya badan yang tak larat.”

“Sekarang ni pernafasan jadi tercungap-cungap. Bila buat kerja sikit je, dah kena rest, lama ula tu nak kembalikan atau normal kan semula pernafasan tu untuk normal.”

Selain itu, ada satu lagi gejala yang baru dialami oleh Elfira Loy, iaitu alahan mahu muntah dan juga rasa loya.

“Lepas tu sekarang ada rasa nak muntah pula. Masa awal-awal hamil dulu tak ada rasa loya, ni dah masuk trimester yang ketiga baru ada rasa mahu muntah-muntah tu.”

“Apa yang saya rasakan, ni mungkin disebabkan baby dalam perut ni dah banyak bergerak. Sekarang pun perut memang besar. Rasa nak pengsan je.”

Jelasnya, sekarang persiapannya juga telah jadu tergendala.

“Sekarang bila nak packing, nak buat makeover semua pun jadi tak siap lag. Masa saya nak buat awal-awal dulu ada yang kata awal sangat, kena chill dulu.”

“Dah sekarang ni saya kenalah suruh orang tu untuk kemaskan semua untuk saya, memang tertekan rasanya.”

Itulah luahan rasa dari Elfira Loy tentang keadaan terkininya. Dah masuk trimester ketiga dah sekarang ni. Dan katanya, jika semuanya berjalan lancar, mereka akan sambut raya tahun ini, dengan berempat, maknanya memang dah tak lama lagi Elfira Loy nak bersalin dah.

Semoga semua urusan Elfira dan suaminya akan dipermudahkan untuk sambut kedatangan baby kedua ini