Fara salleh dedah sikap Shuk

Fara Salleh tak tahan perangai Shuk Sahar, ini puncanya

755 views

Isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh telah meluahkan rasa hatinya tentang perkahwinannya. 

Luahan Fara Salleh itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi dari orang ramai. 

Jelas Fara, dia ternyata menyesal dengan keputusannya untuk berkahwin dengan pelawak dan pengacara berkenaan. 

Farah Salleh tak tahan perangai Shuk lagi setelah mengahwininya sejak tahun lalu.

Malahan secara terbuka, Fara berharap agar Shuk akan membaca luahannya itu dan menceraikannya. 

“Menyesal berkahwin itu memang benar” Tulis Fara. 

Fara ada membuka beberapa cerita tentang apa yang berlaku dalam rumah tangganya itu. 

Katanya, dia sudah tak mampu lagi nak melayan karenah suaminya itu. 

Fara hilang sabar dengan perangai dan sikap Shuk, yang mana antaranya ialah selalu bercerita tentang kelakuan buruk fara kepada teman rapatnya. 

Ini sudah tentu mencemarkan namanya. 

Kata Fara lagi, Shuk terlalu rapat dengan rakan-rakan sehingga dirinya menjadi kurang selesa dengan perkara itu.  

Tambahnya, suaminya itu juga seorang yang panas baran. 

“Dia lebih mempercayai kawan-kawan dia, selalu saja pertahankan kawan dia.”  

“Sudah banyak kali ajak pergi kaunseling, tapi dia tak mahu.” 

“Dia ni juga amat baran, sangat sangat tetapi kalau dengan orang lain dia tak macam ni pun.” 

“Harapnya dia sedar dengan kenyataan saya ni dan akan menceraikan saya. Dah berapa ramai ustaz nasihat.” 

Melalui satu kenyataan dari Mstar, Fara berkata dia memang meminta perpisahan kerana dah tak tahan lagi. 

“Saya akui memang saya minta sebab sudah terlalu penat.” 

“Semuanya sebab kawan-kawan. Memang persahabatan mereka ini terlalu akrab sampaikan suka cerita buruk pasangan masing-masing di group.”  

“Nama saya ni kalau tak diburukkan oleh mulut orang jauh, tapi jadi buruk sebab mulut orang paling dekat.” 

“Ada bincang tapi kemudian dia hanya berubah sekejap saja.” 

Dalam pada itu, ada follower yang berkata dulu dan dan bekas isteri Shuk iaitu Rossa Sera sibuk berebut Shuk, tapi kini ini pula yang terjadi.

Farra kemudian menjawab, sebenarnya dia tak pernah pun berebut mendapatkan Shuk.

“Saya tak pernah pun rebut dia dan dia bukannya ada saya sorang kalau nak tau masa tu.” 

Tambah Farra, selepas berkahwin, dia terpaksa jauhkan diri dari rakan-rakan kerana nak beri fokus sepenuhnya sebagai isteri,

“Dulu saya sibuk kerja, dan ada kawan. Apabila dah kahwin ni saya pun buang semuanya, dan kini mental jadi burn out.”

“Sekarang kena fokus untuk suami saja.”

Itulah kenyataan dari Fara Salleh, isteri kepada Shuk Sahar.