Kenyataan Pak Ya tentang isu kumpulan Sepah

8,833 views

Konflik kumpulan pelawak terkenal tanah air iaitu kumpulan Sepah masih lagi dibacarakan oleh orang ramai. 

Hubungan di antara Jep, Mamat dan juga Shuib nampaknya masih lagi belum pulih. 

Ianya turut melibatkan anggota kumpulan Sepahtu, yang turut pernah bersama sama dengan Sepah seperti Rahim, dan juga dah tentu pelawak senior Ilya atau Pak Ya. 

Melalui satu kenyataan, Pak Ya ada ditanya tentang hal ini. 

Apa sebenarnya yang terjadi dalam kumpulan Sepah ini? Itu persoalan yang dilontarkan kepadanya. 

Menjawab soalan berkenaan, kata Pak Ya, secara jujur, dia pun tak tahu menahu, dan tidak bertanya kepada kumpulan Sepah. 

Apatah lagi kesemua anggota Sepah tu merupakan rakan-rakan Pak Ya juga. 

Bagi Pak Ya, apa yang berlaku merupakan sesuatu yang melibatkan hal peribadi. 

“Agak sukar saya nak cakap tentang hal ini sebab semuanya kawan saya.” 

“Saya rasa, mereka bertiga ini terlalu akrab, oleh itu apabila kongsikan sesuatu cerita itu, kita pun tak tahu respon sama ada mereka marah betul atau sebaliknya.” 

“Mereka terlalu akrab, jadi bila bercerita yang tak elok tu, mungkin ada yang mudah terasa.” 

Pak Ya akui dah menonton podcast Shuib dan Mamat itu, dan ini pendapatnya. 

“Saya dah tengok podcast tu, mereka bercerita tentang kisah kawan-kawan, mereka sebut nama yang mereka kenal, sebab kalau sebut nama tak dikenali ramai, mungkin tak ada siapa yang peduli.” 

“Contohnya kalau mereka cakap, ingat dulu kita lepak dengan Kasim, jadi orang tak tahu siapa Kasim.” 

“Tapi yang tak best nya, ada pihak yang tak suka nama disebut.” 

“Tak tahulah, dia pun ada hak untuk berbuat begitu.” 

“Mungkin ada sebab yang kita pun tak tahu, mengapa dia jadi marah.” 

“Bagi kita mungkin ianya nampak kecil tapi tidak bagi dia, bagi dia benda ni besar.” 

Apapun, Pak Ya berkata, hal ini boleh diselesaikan dan harap kumpulan Sepah akan berbaik dan bermaafan antara satu sama lain.  

“Pada saya mereka boleh saling memaafkan dan hidup pun jadi lebih tenang.” 

“Ubat yang paling penting ialah memaafkan. Lepas kita memaafkan, hati kita seronok, hati kita rasa lapang.” 

“Saya rasa kalau jumpa depan-depan lagi susah, tapi itu yang sebaiknya.” 

“Saya tak ada hubungi Jep, Shuib, saya pun tak berpeluang untuk bercerita dengan dorang.” 

“Mereka tak ada bercerita pada saya, dan saya pun tak tanya, dan di belakang mereka pun ada kawan yang lebih akrab, yang saya harap boleh membantu mereka lah untuk bantu isu ini.” 

“Apapun terpualng kepada mereka bertiga, sebab mereka yang mengalaminya.” 

Itulah sedikit ulasan dari Pak Ya tentang isu kumpulan Sepah.