Tak tinggal sebumbung, Diana Danielle mohon perpisahan, Farid Kamil enggan lafaz talak

11,622 views

Pagi ini, berita mengejutkan telah diketahui tentang perkahwinan pasangan pelakon Diana Danielle dan juga Farid Kamil. 

Rumah tangga pasangan ini sedang beretakkan apabila Diana Danielle telah menfailkan untuk berpisah dengan suaminya itu. Permohonan dikatakan telah dilakukan pada awal bulan Mac ini. 

Dari laporan, Diana Danielle membuat permohonan berkenaan disebabkan sudah tiada persefahaman antara mereka. 

Selain itu telah berlaku juga perbalahan yang berpanjangan dalam rumah tangga atau dipanggil shiqaq.  

Sebutan permohonan cerai berkenaan telah di buat di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling di Subang Bestari pagi tadi. 

Apabila permohonan dibacakan, Farid Kamil, enggan melafazkan talak untuk bercerai dengan isterinya itu.  

Oleh yang demikian, hakim kemudiannya telah memerintahkan supaya pasangan berkenaan menjalani proses Jawatankuasa Pendamai. 

Tarikh untuk kes disebut semula juga telah diberikan iaitu pada 28 Mac depan.. 

Dari laporan juga, ketika ini, Diana Danielle, 31 tahun, dan Farid Kamil, 42 tahun, sudah tidak lagi tinggal sebumbung.  

Sehingga kini, kedua dua belah pihak masih tidak ada membuat sebarang kenyataan lanjut tentang kisah yang sedang melanda mereka berdua. 

Sebenarnya berita ini ternyata mengejutkan ramai pihak apatah lagi Farid Kamil sebelum ini dilihat ada mengeluarkan kenyataan seakan membela isterinya yang mengalami trauma akibat pernah dikasari seseorang sebelum ini. 

Sementara itu, Diana Danielle juga pernah akui Farid seorang lelaki yang baik buat dirinya dalam temubual podcast bersama Amelia Henderson tak lama dulu. Ketika itu juga, Diana akui pernah dikasari oleh seseorang yang tak mahu disebut namanya. 

Untuk info Farid Kamil dan Diana Danielle telah bernikah pada tarikh 3 November 2012 dan sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu anak lelaki, Muhammad, 10 tahun, dan juga seorang anak perempuan, Aurora, 8 tahun.