Perdana Menteri Anwar Ibrahim tolak bersalam dengan Ifa Raziah sebab ada wuduk

5,746 views

Pada hari Selasa yang lalu bersamaan 11 April 2023, Perdana Menteri Malaysia yang ke sepuluh iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke satu majlis berbuka puasa. 

Majlis berbuka puasa ini diadakan bersama pengamal pihak media dan juga penggiat seni tanah air. 

Memang ramai yang hadir dan di antaranya ialah penyanyi serta usahawan, Ifa Raziah. 

Ketiak di majlis itu, Ifa Raziah ada memuatnaik satu video saat pertemuannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Seperti kebanyakkan orang ramai, Perdana Menteri akan berjalan dan bersalaman dengan orang ramai. 

Apabila tiba di depan Ifa Raziah, penyanyi berkenaan mengucapkan salam dan kemudian telah menghulurkan tangan untuk bersalam, namun telah ditolak oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Katanya, dirinya ketika itu dalam keadaan mempunyai air wuduk, air sembahyang. 

Walaikumsalam, ah saya ada wuduk.” Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ifa Raziah menghulurkan tangannya. 

Mereka berdua kemudian dilihat beramah mesra dan ada bergambar bersama. 

Ifa Raziah juga dilihat ada menyanyikan lagu secara live kepada Perdana Menteri Malaysia yang kesepuluh itu. 

Ini video dari Ifa Raziah. 

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Perdana Menteri Malaysia itu yang menolak untuk bersalaman dengan wanita lain, yang bukan mahramnya. 

Ini antara reaksi dari para netizen di ruang komen Ifa Raziah. 

“Bagus PM kita, tak salam dengan wanita bukan mahram.” 

“Terima kasih kak Ifa Raziah upload video ni, kalau tak memang tak tahu Pm tak salam wanita lain.” 

“Wah dalam keadaan ada wuduk la PM.” 

Selain Ifa Raziah, antara artis lain yang turut hadir di majlis berkenaan ialah Elizabeth Tan, Puteri Aishah, Sufian Suhaimi, ahli kumpulan Floor 88 dan ramai pihak media. 

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut menjemput dan telah dihadiri oleh anak-anak yatim.