Fattah Amin tak setuju, belum sedia bercerai dengan Fazura

2,402 views

Pasangan suami isteri terkenal Fazura dan Fattah Amin telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, pagi hari ini.  

Tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga bersama, hubungan mereka kini diuji dan hadir ke mahkamah untuk sebutan kes setelah Fazura menfailkan penceraian ke atas Fattah Amin pada 13 September yang lalu.   

KEHADIRAN FAZURA 

Fazura hadir di mahkamah sekitar jam 9 setengah pagi, mengenakan pakaian baju kurung serba putih. 

Pelakon dan ahli perniagaan ini diiringi beberapa pengawal dan ditemani pihak peguamnya. 

Fazura dilihat amat tenang dan sempat menyapa pihak media. 

“Syukur alhamdulillah saya okey, tenang saja.” 

“Kita masuk dalam dulu ye.” 

Ditanya tentang anaknya, Fazura sempat menjawb. “Alhamdulillah Fatima pun okey.” 

Fazura kemudian masuk ke mahkamah. 

KEHADIRAN FATTAH AMIN 

Fattah Amin dilihat hadir ke mahkamah bersama peguamnya iaitu Tuan Zulkifli Che Yong, lebih awal dari isterinya itu. Pelakon ini memakai baju kemeja putih dan bersongkok. 

Wajahnya kelihatan tenang saja dan tidak berkata-kata sepanjang menuju masuk ke mahkamah. 

SELEPAS SEBUTAN KES, FATTAH TAK SETUJU CERAI 

Selesai sebutan kes, Fattah Amin telah keluar di perkarangan dan ditemui media. Beliau menyatakan bahawa setakat ini dirinya belum bersetuju untuk bercerai.

Komen Fattah: 

“Semuanya alhamdulillah. Saya masih berpegang dengan kenyataan saya sebelum ini. Masih sayang Fazura. Minta permudahkan segala urusan. Doakan yang terbaik untuk kami.” 

Ditanya ada lafazkan talak, ini jawapan Fattah. “Itu tidak terjadi.” 

Dalam pada itu Fattah Amin juga beritahu bahawa dirinya juga bersedih kerana dia manusia juga.

“Saya sedih itu perasaan saya. Saya pun manusia ada perasaan, bukannya robot. Ini semua adalah takdirlah. Tapi kita kena yakin ada benda yang dah ditetapkan, jodoh ajal dan rezeki.” 

Ini pula komen peguam: “Encik Fattah buat masa ini tidak setuju untuk berpisah, bercerai.”

Kes ini akan disambung pada tarikh 7 Oktober depan. 

Untuk info pada 13 September lalu, Fazura  40 tahun memfailkan cerai terhadap Fattah.  

Fattah berkata dia memang terkejut apabila mengetahui Fazura bertindak sedemikian dan hanya tahu hal itu menerusi sosial media sosial.  

Pelakon berumur 34 tahun ini mengakui masih sayang isterinya itu dan tiada wanita lain di dalam hidupnya.  

Dari laporan portal Mstar, Fazura dan Fattah Amin juga dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung kerana Fattah mahu meredakan situasi yang sedang melanda.  

Fattah juga tidak bertemu dengan anaknya Fatima selepas keluar rumah namun mereka kembali berjumpa ketika sambutan hari lahirnya baru-baru ini.  

Fazura dan Fattah Amin bernikah pada tarikh  27 November 2017 dan selama tujuh tahun ini, mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Fatima, 3 tahun.