“Ini adab berlakon dengan suami orang” Sarimah

933 views

Pelakon Sarimah Ibrahim, 45 tahun menghubungi Diana Rafar iaitu isteri kepada Zamarul Hisham, 53 tahun, sebelum kedua dua pelakon berkenaan memulakan penggambaran drama. 

Sarimah dan Zamarul berlakon sebagai pasangan suami isteri dalam drama berkenaan dan kata Sarimah, amat penting untuk memberitahu isteri Zamarul itu tentang lakonan mereka. 

Baginya ini merupakan adab untuk berlakon dengan pelakon yang sudah bergelar suami orang.  

“Sebelum mula penggambaran saya contact Diana. Anda perlu lakukannya. Ini merupakan adab apabila anda berlakon dengan suami orang.” 

“Saya cakap pada Diana bahawa ada babak yang melibatkan kami berpegangan. Dia cakap dia pun faham dan okey.” 

“Kemudian dia pun ada tanya sama ada suami saya sendiri okey atau tidak jika Zamarul pegang saya.” 

Jelas Sarimah lagi, kedua dua pasangan sudah pun memberi izin untuk dirinya dan Zamarul berlakon bersama. 

Yang paling penting, pelakon ken sedar dan letakkan batas ketika berlakon. 

Baginya lagi, semua perasaan dalam set adalah rekaan semata dan tak perlu terbawa bawa sehingga ke dunia luar. 

“Apabila di set penggambaran kami rasa lebih bebas. Dan kami tak melampaui batas juga disebabkan masing-masing selalu fikir tentang pasangan masing-masing.” 

“Apabila libatkan babak bersentuhan dan perasaan yang mendalam, bahaya kalau kita tak meletakkan batas. Kena beritahu diri kita yang kita merupakan isteri orang atau suami orang.” 

“Apa-apa perasan yang dirasai sewaktu penggambaran hanyalah rekaan. Jangan terbawa-bawa.” 

“Nak mencipta chemistry biarlah hanya di dalam set sahaja. Bila pengarah dah kata saja cut masing-masing kena bawa haluan masing-masing. Saya ada suami dan awak juga dah ada isteri.” 

Sarimah juga menambah, sememangnya Zamarul Hisham seorang pelakon yang amat profesional dan hebat.