Mamat Sepah terkejut, terus terima tawaran Shuib

1,220 views

Dol’s Podcast yang diekendalikan oleh Shuib, Shuk dan penyampai radio Fizi, mula dikenali ramai setelah kehadiran Mamat Sepah sebagai tetamu. 

Episod ketika kehadiran Mamat itu mempunyai tontonan paling tinggi berbanding episod lain. 

Malahan ianya menjadi topik bualan hangat terutama buat peminat kumpulan Sepah apabila mereka mengimbau kembali kenangan sebelum bergelar artis. 

Semalam, menerusi satu video, akhirnya Shuib mengumumkan Dol Pod kini sudah mempunyai ahli baru. 

Mamat telah diumumkan sebagai pengacara untuk Dol Podcast selepas ini. 

Dalam video itu, Shuib dan Fizi sedang lepak bersama Mamat. 

Akhirnya Shuib bersalaman dengan Mamat dan menawarkannya sebagai pengacara tetap podcast berkenaan. 

Ini kata Shuib kepada Mamat. 

 “Tahniah Mamat, sekarang ni engkau dalam Dol’s Podcast. Ini memang betul-betul Mat, aku tak main-main ni, ni aku tengah rakam video ni sekarang.” 

“Nanti muka kau pun akan ada dekat billboard Dol’s podcast. Kita kene buat yang sehabis baik, Mat. Aku nak all out podcast ni.” 

Mamat Sepah bagaikan tidak percaya dengan tawaran dari rakannya itu untuk sertai Dol Podcast. 

Katanya, ianya bagai memberi nyawa buat dirinya. 

Jelasnya, dia pun akan minta isterinya untuk berhenti kerja memandangkan dia bakal dapat gaji tetap selepas sertai podcast tersebut. 

“Kau macam dah bagi aku nyawa Shuib, ini selepas nyawa aku hilang berbelas tahun. Meremang bulu roma aku.” 

“Kalau aku masuk Dol’s Podcast ni aku nak suruh bini aku berhenti kerja.” 

Ini videonya. 

Ini caption dari Shuib: “Sepah Reunion di Dol Podcast. Tahniah Mamat. Aku Sayang Kau Mat. Perjalanan yang indah. Yes Dol Podcast kini sudah berempat. Terus support.” 

Mamat juga dilihat agak sebak dengan tawaran berkenaan, dan kemudiannya terus menyambut dan bersalaman dengan Shuib sambil disaksikan oleh Fizi. 

Dol’s podcast bermula sejak bulan Mac lalu dan dapat ditonton di pelbagai platform media sosial.