Fezrul Khan serik dah berlakon dengan Reen Rahim

3,547 views

Fezrul Khan telah menyatakan bahawa dia kini tak akan berlakon lagi dengan seorang pelakon wanita setelah timbul satu isu dengannya baru-baru ini. 

Pelakon wanita berkenaan disyaki ialah Reen Rahim yang mana Fezrul Khan pernah bekerja bersama untuk satu naskah baru-baru ini. 

Hal ini mula timbul setelah Reen Rahim mengadu bahawa dia telah dicekik agak kuat oleh pelakon dikatakan Fezrul Khan ketika berlakon. 

Ini komen Reen Rahim yang dibuat menerusi satu temubual bersama Melodi. 

“Sebenarnya scene itu tidak patut dilakonkan macam betul sampaikan saya ni dah ‘hilang’ kejap.”   

“Babak apa tu nanti kalian boleh lah cari sendiri.” 

“Kau pun bukanlah pelakon baru pun mestilah tahu skill lakonan. Berlakon saja kan tak payahlah nak buat betul-betul. Saya dah nak pengsan masa tu. Dekat situ yang saya nampak, dia rasa hal tu macam real.” 

Menjawab tuduhan dari Reen Rahim itu, Fezrul Khan telah membalas semual dan menyatakan dia kini dah serik nak bekerja dengan pelakon berkenaan selepas ini. 

Fezrul Khan turut muatnaik scene berkenaan dan meminta semua ornag menilainya sendiri. 

“Inilah scene ending tu. Korang semua boleh tengok dan nilaikan lah sendiri. Kalau belaja jujitsu pon tak boleh lah nak cekik hanya dengan sebelah tangan saja.” 

“Boleh juga tanye la kekasih hati kau yang stuntman tu. Tapi lepas director cut kau bole jerit kat aku eh.” 

“Aku ni dah lebih 20 tahun belakon, kau tu? Kau buat cerita apa ye?” 

“Ini kan genre seram, faham ke tak? Atau saja kau nak menunjuk depan kekasih hati kau tu.” 

“Next time memang aku tak nak dah berlakon dengan orang macam ni. Leonardo Dicaprio berlakon tangan luka pun dia tak ada nak complain.” 

“Sekarang kau tahu tak level berlakon kau ni tahap mana? Berlakon ni kena jujur bukannya nak cari glamour semata.” 

Itulah kenyataan valas dari Fezrul Khan kepada Reen Rahim.