Filem lama tak tutup aurat masih ditayangkan, Lisa Surihani tak mampu buat apa-apa

790 views

Pelakon terkenal, Datin Lisa Surihani kini dah pun berubah ke jalan yang lurus dan diredhai Illahi. 

Penampilan Lisa Surihani dipuji ramai kerana berhijrah dengan secara sederhana membuatkan sejuk mata sesiapa saja yang memandangnya. 

Namun begitu, sebagai pelakon terkenal yang sudah membintangi banyak filem, dah tentu lakonan serta penampilan lamanya masih dimainkan di serata tempat. 

Di televisyen dan juga tempat stream, banyak saja filem popular Lisa Surihani masih lagi ditayangkan. 

Bercakap tentang hal ini, Lisa Surihani tak mampu nak berbuat apa-apa, tak mampu nak mengawalnya. 

Apa yang mampu dilakukan hanya berdoa agar penghijrahannya dipermudahkan. 

“Saya hanyalah mampu untuk berdoa saja, kerana ada perkara yang bukan di bawah kawalan saya. Ada perkara yang saya sendiri tak mampu nak berbuat apa-apa.” 

“Tentang hal ini, saya belum arif tentang hukum hakamnya dan belum tanya kepada agamawan .” 

“Saya hanya berdoa agar jalan saya dipermudahkan dan harap ianya akan hilang sendiri nanti.” 

Bercerita tentang kerjaya seninya, Lisa Surihani berkata dia masih lagi dalam dunia seni dan bukannya dah stop selamanya, 

“Nak cakap saya ni dah stop berlakon tak juga. Ini kerana saya pun tengah buat dan menjayakan satu penggambaran dengan melakonkan watak cameo.” 

“Ada beberapa tawaran saya tengah pertimbangankan. Kalau ada watak yang sesuai saya masih akan terima.” 

Kepada yang ikuti Lisa Surihani, antara lakonannya yang paling latest ialah ketika bersama kumpulan Sepahtu dalam rancangan Sepahtu Reunion baru-baru ini. 

Isteri kepada Datuk Yusry KRU ini juga tampil dalam beberapa rancangan bicara seperti Next To Neelofa. 

Apapun kita doakan yang terbaik buat Lisa Surihani, 36 tahun, berkenaan penghijrahannya, semoga dipermudahakan dan terus istiqamah.