Ramai penonton menyampah Rahim dalam Sepahtu Reunion, punca lawak sering tak jadi?

3,654 views

Kumpulan lawak Sepahtu antara nama yang cukup besar dalam industri seni terutama bidang lawak ketika ini. 

Dengan ahli kumpulan terkini membariskan Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus, dalam rancangan terkenal Sepahtu Reunion, nampaknya kumpulan ini sering kali menerima komen yang kurang enak kerana dikatakan dah tak menjadi lawaknya berbanding dulu. 

Zaman kemuncak bersama Shuib juga sudah berakhir setelah Shuib pun tak mahu lagi sertai program Sepahtu Reunion. 

Antara yang menjadi tajuk ialah lawak dari Rahim yang dikatakan tidak best dan selalu saja nak menjerit. Ini antara komen dari penonton. 

“Bosan betul tengok Rahim ni, asyik nak jerit saja.” 

“Lawak Sepahtu dah tak jadi, Rahim ni asyik nak jerit-jerit.” 

Rahim akhirnya tampil memberi komen mengapa dia selalu saja menjerit-jerit semasa di rancangan Sepahtu Reunion. 

Jelas Rahim, apa yang dilakukan itu hanyalah berdasarkan situasi dan untuk penuhi apa yang watak yang diberikan.  

Pelawak berumur 52 tahun ini menambah, jika penonton ada terbit rasa kurang senang, ini bermakna watakyang dibawakan itu telah menjadi. 

“Mengapa saya ni selalu terjerit-jerit dalam Sepahtu Reunion, sebab itu semua merupakan tuntutan watak.” 

“Jika saya jadi watak orang tak baik, tapi saya buat watak saya ni plain, nanti tak nampak sangat.” 

“Orang jadi menyampah watak saya itu, maknanya watak saya menjadi. Saya memang kena timbulkan rsa orang tak suka pada watak itu.” 

“Dengan watak saya itu, barulah watak utama, atau watak baik akan timbul dan naik.” 

“Kita kena jaga watak dan karator yang ditentukan untuk kita.” 

Untuk info, Rahim, Jep, Pak Ya dan Ebby Yus dalam Sepahtu Reunion Live Tour, akan hadir ke beberapa negeri iaitu Johor, Terengganu dan Kedah pada bulan Oktober ini.