“Home sweet home” Siti Nurhaliza beli kediaman di Dubai, cantik pemandangan luar tingkap

2,975 views

Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menggapai satu lagi impian yang amat besar. 

Kali ini Siti Nurhaliza, 43 tahun, telah berjaya memiliki sebuah rumah di kota Dubai, UAE.  

Hal ini diketahui setelah Siti Nurhaliza muatnaik beberapa video di laman Instagram miliknya menunjukkan sekitar rumah barunya itu. 

“Syukur alhamdulillah, home sweet home.” Itu caption yang ditulis oleh Siti Nurhaliza sepanjang muatnaik beberapa video. 

Video menunjukkan di luar bangunan kediamannya dipercayai terletak di The Adress, Dubai Mall. 

Dari video itu juga, Siti Nurhaliza menunjukkan pemandangan dari dalam rumahnya yang tersergam indah memperlihatkan kota Dubai dengan penuh bangunan pencakar langit. 

Ada juga ruangan lobi dan rehat yang mata adanya swimming pool berlatarbelakang pantai dan juga ferris wheel.

Selain itu, anak tirinya iaitu Asyraf Khalid, juga ada memberi ucapan tahniah kepada Siti Nurhaliza di atas kejayaan membeli kediaman di Dubai. 

Bagi Asyraf, Siti Nurhaliza yang dipanggil Mak Iti, sentiasa memberi inspirasi kepada dirinya. 

“Tahniah diucapkan kepada Mak Iti sebab telah pun berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai. Saya memang amat gembira dan berbangga melihat kejayaan Mak Iti.” 

 Bagi Asyraf, dia dan juga isteri iaitu Tya selalu melihat Siti Nurhaliza sebagai pemangkin untuk terus berjaya dalam perniagaan. 

“Kejayaan ini telah menjadi inspirasi untuk diri saya dan Tya agar dapat jadi lebih berjaya.” 

Asyraf yang merupakan anak kepada Datuk Khalid, mengharapkan dia dan isteri turut akan sama-sama dapat berjaya seperti Siti Nurhaliza. 

“Doakan supaya satu hari nanti, saya dapat ikut jejak langkah Mak Iti.”  

“Saya juga akan berdoa agar dimurahkan rezeki lagi untuk ayah dan Mak Iti.” 

“Mak Iti memang layak untuk terima semua ini atas segala usaha dan penat lelah yang dilakukan selama ini.”  

Dalam pada itu, Asyraf juga sempat berjenaka bahawa lepas ini kalau ke Dubai dah tak perlulah nak sewa hotel lagi. 

“Selepas ni kalau datang ke Dubai, dah tak perlulah sewa hotel dah.” 

Tahniah buat Siti Nurhaliza di atas kejayaan rumah di Dubai.