Fizi Ali dicemuh, dituduh terpaling bapak “Dah kahwin baru, buatlah anak baru”

2,783 views

Kisah pasangan bekas suami isteri yang telah berpisah iaitu Fizi Ali dan Shakilla Khoriri masih lagi bergolak. 

Semuanya bermula setelah Fizi Ali mendakwa dirinya tidak dapat bertemu dengan anaknya iaitu Ameena Sofia yang kini di bawah jagaan Shakilla Khoriri. 

Kisah mereka kembali menjadi bualan setelah Shakilla pernah meluah rasa terkilan melihat foto anaknya ditekup mulut oleh anak kepada isteri baru Fizi Ali. 

Shakilla juga mengatakan Fizi tidak memberitahu dirinya mahu membawa Ameena untuk hadir ke hari pernikahannya dengan isteri barunya bernama Siti Zulaikha, sebaliknya berkata mahu membawa anaknya ke taman tema. 

Kisah mereka berlarutan sehingga Fizi Ali mendedahkan bahawa dia tak dapat bertemu dengan anaknya di satu event di sekolah anaknya. 

Kemudian yang terbaru, Fizi mendedahkan bahawa dia tak dapat hubungi Shakilla untuk berjumpa dengan Ameena. 

Dengan itu, Fizi Ali akhirnya terpaksa mengambil tindakan berdasarkan undang-undang. 

“Seperti yang telah dijangkakan, call tidak di angkat, mesej di whasapp tidak reply. Lari lah jauh mana boleh lari. Tengok jauh mana. Pusinglah selagi boleh pusing.” 

“Date pun dah dapat. Kita akan selesaikan di tempat sepatutnya.” 

“Sabar sikit lagi daddy akan jumpa awak, inshaAllah.” 

Sementara itu, Fizi mendedahkan ada pihak yang telah hantar mesej kepadanya di laman media. 

Mesej berkenaan dari pihak yang menyokong Shakilla Khoriri. 

Antara menyatakan bahawa Fizi yang berlaku tidak baik kepada bekas isterinya itu selain sepanjang berkahwin dulu tidak ambil berat kepada Ameena. 

Fizi Ali telah menjawab semua mesej berkenaan tidak benar sama sekali. 

“Berat tuduhan tak betul macam ni. Awak siap tag saya, ni dah masuk mesej saya ni.” 

Ini kenyataan dari individu berkenaan. 

Seperti biasa, kes ini membuatkan orang ramai memberi pandangan masing-masing. 

Ada yang berpihak kepada Fizi, dan ada juga yang berpihak kepada Shakilla. 

Namun yang lebih utama ketika ini ialah anak mereka iaitu Ameena Sofia, anak kecil ini yang akan terjejas melalui fasa seperti ini. 

Harapnya Fizi Ali dan Shakilla Khoriri akan kembali berbaik demi menjaga Ameena Sofia yang memerlukan kasih sayang dari kedua ibu bapa mereka.