House tour rumah Janna Nick dan banglo Shila Amzah

4,137 views

Dua artis terkenal tanah air iaitu pelakon Janna Nick dan juga penyanyi Shila Amzah telah pun memuatnaik video menunjukkan rumah mereka baru-baru ini. 

Jom kita layan rumah rumah dua artis ini. 

HOUSE TOUR KEDIAMAN JANNA NICK

Pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick telah muatnaik rumahnya pada pertengah bulan Disember yang lalu. 

Ini merupakan rumah pertama yang Janna Nick miliki semasa dirinya masing lagi single dan bujang. 

Janna membuat house tour ini kerana mahu menyewakan rumahnya ini setelah berpindah bersama suaminya Dini Schatzmann. 

Rumahnya ini terletak di Damansara Perdana dan mempunyai empat bilik air berserta empat bilik air. Memang luas tu. 

Design rumah ni memang nampak moden.

Apa yang bestnya, unit ini mempunyai open balcony dan juga mempunyai pencahayaan yang amat baik. Siapa yang suka rumah terang, cerah, mesti suka rumah macam ni. 

Lokasi rumah ni memang amat strategik dan berdekatan dengan The Curve, Ikea dan juga One Utama. 

Jom tengok rumah Janna Nick ini. 

HOUSE TOUR, RUMAH BANGLO SHILA AMZAH

Semua dah pun maklum tentang isu Shila Amzah mahu menjual rumah bungalow miliknya. 

Rumah di atas nama Shila Amzah ini sebelumnya didiami oleh keluarga iaitu ibu dan juga adik beradiknya. 

Atas beberapa faktor, Shila mahu melepaskan rumah ini dan membeli rumah baru untuk ibunya, rumah yang lebih selesa, dan sesuai. 

Rumah bungalow ini memang besar dan luas sekali. Rumah ini terletak di Hulu Langat Selangor. 

Shila telah mengupah servis mencuci rumah untuk membersihkan bungalow ini setelah ahli keluarganya dah pun keluar. 

Jom layan house tour, rumah bungalow Shila Amzah. 

Kepada yang berminat nak menyewa rumah Janna Nick atau pun ada mereka yang mahu memiliki rumah Shila Amzah, apa lagi tunggu, inilah masanya, boleh tengok di laman media mereka untuk info lanjut.