“Saya akan cari buku cek, bawa saksi” Datuk Chef Wan ada bukti

5,788 views

Kisah antara Datuk Chef Wan dan bekas anak menantuya Shikin Maembong sudah pun diketahui ramai. Ini apabila chef selebriti terkenal ini mendedahkan dirinya disaman oleh Shikin sebanyak RM1juta gara-gara satu post dari Chef Wan.

Malah Shikin turut ada membuat penafian, Datuk Chef Wan ada membayar untuk menguruskan majlis perkahwinannya dengan anak Chef Wan iaitu Chef Riz.

Kini Chef Wan kembali dengan penjelasan panjang lebar menceritakan tentang kisah dia membayar wang untuk majlis makan sempena perkahwinan mereka dulu.

Katanya, semua satu majlis reception telah diadakan di Ombak Asmara untuk sejumlah 100 tetamu dan hadirin di majlis itu. Chef Wan bertanya siapa yang bayar dan menguruskan majlis berkenaan.

Chef Wan juga mengatakan dia ada bukti tentang majlis berkenaan termasuk akan cari buku cheque dan juga mempunyai saksi yang kukuh.

Antara saksi ialah individu bernama Florence serta bebrapa lagi yang tahu bahawa Chef Wan yang uruskan semuanya. Malah jelas Chef Wan lagi, sudah tentu owner Ombak Asmara itu pun tahu tentang hal berkenaan. Ini komen penuh Chef Wan.

Dalam satu lagi hantaran, Chef Wan mendedahkan bahawa anaknya memang gaji tak berapa besar dan jika ada isu tentang wang, Shikin boleh datang dan jumpa untuk berurusan tentang wang.

Chef Wan akui ada beri wang sebanyak seribu hingga lima ratus Ringgit kepada Shikin untuk penggunaan wang anaknya yang juga cucu kepada Chef Wan.

Selain itu, Chef Wan juga ada beberapa kali membayar dan menguruskan bil untuk rawatan cucunya itu, anak hasil perkahwinan antara Chef Riz dan Shikin Maembong. Ini komen dari Chef Wan.

Itulah luahan serta penjelasan panjang lebar dari Chef Wan tentang isu melibatkan dirinya dan juga bekas isteri anaknya, Shikin Maembong yang juga kakak kepada Emma Maembong dan Chacha Maembong.