“Usik keluarga, memang saya akan cari” Zahiril Adzim

294 views

Nama Zahiril Adzim kini jadi sebtuan ramai ekoran wataknya dalam drama Aku Bukan Ustazah sebagai Dr Omar. 

Berjaya membawa watak dengan cemerlang, Zahiril telah menerima kecaman dari para penonton drama berkenaan. 

Pelakon berumur 40 tahun ini mengakui menerima pelbagai mesej dan juga komen yang telah menghentamnya, hanya kerana wataknya itu. 

Komen yang biasa ialah ramai yang marah-marah, namun yang agak teruk ialah seperti ada yang nak pukul dan juga sampai ada yang nak santau. 

“Teruk juga saya terima. Ada yang nak pukul saya kalau jumpa kat luar. Hari-hari ada orang mesej hentam saya.”  

“Penuh saya punya mesej sampai dah tak larat nak baca.”  

“Ada juga komen nak hantar santau kepada saya.”  

“Bagi saya rasa itu tak apa, saya okey tak ada masalah dengan orang hentam saya tu sebab kita tahu ia beri impak dari watak berkenaan.” 

“Namun begitu tak elok juga sampai nak maki-maki, rasanya itu tak perlu sebabnya ini drama yang memberikan pengajaran.” 

Walaupun tidak kisah dengan hentaman yang diterima, Zahiril memberi amaran janganlah keterlaluan sehingga memetik nama keluarganya. 

Kalau itu berlaku, barulah dia akan ambil tindakan.  

“Saya tak ada masalah selagi mereka tak kacau keluarga saya. Saya tunggu itu, kalau ada memang saya akan cari.” 

“Sampai setakat ini tiada lagi yang menghina keluarga saya tapi ada yang komen pada gambar isteri saya cakap pada Syera, ini isteri nombor berapa.” 

Itulah pendedahan dari Zahiril Adzim yang memberi impak yang amat hebat melalui lakonannya sebagai Dr Omar, ternyata lakonan Zahiril amat berkesan.  

Drama berjudul Aku Bukan Ustazah ini dibintangi oleh Erysha Emyra dan juga MK K-Clique sebagai teraju utama yang dibantu oleh Zahiril Adzim, Husna Mustaffa, Fikree Bakar, Haneesya Hanee, Shaza Bae, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.