Perkahwinan antara Zizi Kirana, 36 tahun dan Yusuf Bahrin 29 tahun, memang agak mengejutkan ramai. Ini kerana hubungan mereka hanyalah dalam waktu yang singkat sahaja.
Ianya tak dapat dihidu oleh mana-mana pihak pun, sehinggalah di satu sesi live yang mana yusuf ada tersasul memanggilnya sayang.
Kisah perkahwinan antara pasangan ini sebenarnya ada satu kisah yang ramai tak tahu berlaku disebaliknya.
Perkahwinan ini sebenarnya telah menemukan semula Zizi Kirana dengan bapa kandungnya yang telah terputus selama hampir 33 tahun lamanya.
Zizi Kirana atau nama penuhnya Nur Fazelah Zizie Mad Tahil memberitahu, setelah membuat rancangan untuk bernikahm dia pun segera mencari bapa kandungnya yang sudah lama tidak ditemui.
“Ibu bapa saya telah berpisah di umur saya baru berusia tiga tahun, lepas perpisahan mereka itu, kami dah tak bertemu lagi. Semasa nak kahwin, saya pun usaha untuk cari wali dan ini termasuklah buat iklan tentang bapa kandung menerusi akhbar atau surat khabar.”
“Saya juga ada cari di laman media Instagram dan akhirnya berjaya jumpa nama adik-beradik yang lain. Setelah bagitahu pada ibu, dia terlebih dulu contact bapa untuk beritahu hasrat kami. Syukur alhamdulillah, urusan saya telah dipermudahkan Allah.”
Setelah ibunya berbicara dengan ayah kandung Zizi, barulah Zizi dapat bercakap dengan bapa, setelah 33 tahun tidak bertemu.
“Lepas itu barulah saya dapat cakap dengan bapa kandung. Walau kami hanya berhubung dengan panggilan telefon, tetapi bapa telah beri kerjasama yang amat baik. Semua dokumen penting untuk urusan pernikahan saya dengan suami telah dibuat melalui penghantaran pos kurier.”
Selain kisah bapanya, Zizi juga sempat bercerita tentang hubungannya yang singkat dengan Yusuf Bahrin, hanya dua bulan sebelum bernikah.
“Sebenarnya Ustazah Asni merupakan individu paling awal yang tahu hubungan saya dengan Yusuf. Saya banyak cerita pada dia, untuk tanya pendapatnya sebelum berkahwin.”
“Ada masa kami berbual sampai jam 4 pagi. Ustazah tak kenal siapa Yusuf, dan apabila saya kata niat kami, antara soalan yang diajukan ialah siapa dia, nak tengok gambar. Saya terus beri akaun Intagram Yusuf.”
“Selain itu ada juga meminta ustazah untuk sama-sama buat solat Istikharah.”
Zizi Kira aamat bersyukur semua urusan serta proses pernikahan antara dirinya dan Yusuf Barin telah dipermudahkan. Pasangan ini bernikah pada tarikh 16 September 2021.