Gambar terkini Natasha Hudson, habiskan masa di pantai, minati sukan surfing

4,393 views

Memang dah lama tak tengok pelakon Natasha Hudson di layar perak mahu pun di kaca televisyen. Kali terakhir pelakon ini beraksi ialah dalam sebuah drama terbitan Astro pada tahun 2021.

Kemudian, Natasha mengejutkan ramai peminat industry hiburan tanah air, apabila tampil dengan gaya terkini.

Yang mengejutkan ramai ialah Natasha Hudson sudah tidak lagi bertudung.

Jika dilihat di laman Instgram miliknya, Natasha kini banyak menghabiskan masanya di persisiran pantai di sekitar pantai timur Malaysia.

Antara lokasinya ialah di pantai sekitar Cherating, Kemaman, Dungun dan Kuantan. Natasha juga ada melawat ke Pulau Kapas antara pulau yang popular di Malaysia terletak di Terengganu.

Pelbagai aktiviti sukan air lasak yang dilakukan oleh Natasha Hudson dan antara paling kerap ialah surfing atau menaiki papan luncur air. Selain itu, Natasha juga ada menunjukkan kebolehannya memakai roller blade.

Ini beberapa gambar terkini yang diupdate oleh Natasha Hudson di laman media sosial miliknya.

Sebelum membuka tudung, Natasha juga dilihat pergi ke Pulau Langkawi. Ketika itu banyak aktiviti yang dilakukan. Antaranya ialah memanah dan juga menunggang kuda.

Natasha juga dilihat ada mencuba memanah sambil menunggang kuda.

Pelakon berumur 39 tahun ini sudah beberapa kali mengalami kegagalan dalam berumah tangga. Sehingga kini Natasha sudah berkahwin sebanyak empat kali iaitu dengan Mohd Faiz (2006), Datuk Syahrin (2007), penyanyi Carleed (tahun 2012) dan yang keempat dengan Noor Nashriq pada tahun 2018.

Sepanjang empat perkahwinan itu, Natasha Hudson dikurniakan seramai tiga orang cahaya mata.

Diimbas kembali, antara lakonan padu Natasha Hudson ialah dalam filem Chermin yang membuatkan dirinya berjaya merangkul pelakon harapan terbaik di Festival Filem Malaysia. Satu lagi naskahnya yang berjaya ialah filem Lemak Kampung Santan yang mana Natasha menang pelakon pembantu terbaik di Anugerah Skrin.