“Kenapa perlu cakap tu” Shakila Khoriri dipersenda tentang kisah perkahwinannya

4,477 views

Shakila Khoriri dan Fizi Ali telah pun mengakhiri perkahwinan mereka pada bulan Disember lepas. Perkahwinan yang dibina selama empat tahun akhirnya terlerai juga.

Baru-baru ini pelakon ini meluahkan rasa sesal kerana mengetahui ada pihak yang telah mempersendakan dirinya.

Hal ini berlaku menerusi satu siaran radio Suria FM, apabila salah seorang penyampai ada membuat gurauan tentang kisah dirinya dan juga bekas suami.

Shakila akui terasa hati apabila Suraya Borhan berkata ini: “Adakah kerana Fizi Ali berkahwin dengan orang yang silap kah.

Ketika itu merupakan satu segmen bersama seorang pendakwah Pencetus Ummah Azman.

Ini luahan hati dari Shakila tentang hal ini.

“Memang sebelum ni, saya hanya biarkan saja apabila ada pihak yang mempersenda atau campur tangan tentang kisah peribadi saya. Ada yang beritahu saya, memang macam-macam. Tapi saya buat diam saja.”

“Saya biarkan saja, berhari dan berbulan lamanya, dan ada orang tuding jari sana sini. Saya hanya buat tak tahu pekakkan telinga dan butakan mata. Saya tak mahu panjangkan dan besarkan hal. Makin lama, semakin orang galak pula.”

Kata Shakila lagi, dia tak tahu kenapa hal berkenaan boleh terjadi dan tak pasti kenapa penyampai radio itu cakap dialog demikian.

“Tak pasti kenapa penyampai radio itu cakap macam tu. Kisah saya dan bekas suami dah pun berakhir. Secara peribadi saya tak ada pun nak menyalahkan pasangan saya. Namun janganlah cuba-cuba nak buat sampai saya cakap apa yang tak sepatutnya dan akan membuka aib sesiapa. Cukuplah.”

“Mungkin pihak Suria FM boleh buat jumpa sendiri dengan penyampai tersebut dan terangkan maksud penyampai terbabit.”

Harapan Shakila ialah dia tak mahu hal ini berulang atau akan ambil tindakan.

“Saya harapkan, hal akan jadi kali yang terakhir kerana saya tak akan teragak-agak untuk ambil tindakan dari percakapan seperti itu.”

Shakilla Khoriri dan dengan Fizi Ali bernikah pada tahun 2018 dan mempunyai seorang anak perempuan.