“Telefon arwah diambil oleh Ali Puteh, beg duit diambil oleh ibunya” ~ Hakim

21,112 views

Semalam semua pun dah ketahui dan mengulas tentang satu kes mahkamah yang melibatkan pelawak terkenal, Ali Puteh dan juga balu kepada arwah Abam, iaitu Nor Hidayah.

Di pagi Jumaat itu, pihak mahkamah mengeluarkan keputusan yang mana ianya telah berpihak kepada Nor Hidayah. Kerana keputusan itu, Ali Puteh dikehendaki membayar sebanyak RM60ribu kepada Hidayah.

Dari satu laporan Sinar Harian, ada dipaparkan antara kenyataan dari Hakim Zulqarnain Hassan tentang kes ini.

Hakim ada menyebut yang mana pihak mahkamah amat berpuas hati bahawa pihak yang mengejar harta ialah pihak plaintif-plaintif dan bukannya dari pihak defendan.

Ini kenyataan dari pihak hakim dari report Sinar Harian.

“Pihak yang mengejar harta bukanlah pihak defendan iaitu isteri kepada arwah Abam Bocey. Namun sebaliknya ianya ialah pihak plaintif-plaintif.”

Untuk info, defendan ialah Nor Hidayah manakala plantif pula ialah Ali Puteh, Sharifah Nor Wahidah (kakak Ali), arwah Sabariah (ibu Ali) dan Syed Mohd Ridzuan (bapa Ali).

Hakim turut menyatakan bahawa hal ini agak jelas apabila family pihak plaintif yang mengajak Nor Hidayah untuk berbincang tentang soal harta pada hari kedua arwah Abam baru pergi buat selamanya, meninggal dunia pada tarikh 10 Februari 2020.

“Ketika itu telefon arwah telah pun diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil oleh ibunya (arwah Sabariah).

“Perbuatan itu seakan tak memahami kesedihan isteri arwah Abam, (Nor Hidayah) yang juga dalam dilema sedang memikirkan tentang bagaimana untuk lalui dan harungi masa depannya dan juga untuk membesarkan anak yang masih kecil lagi.”

Pihak mahkamah puas hati tentang situasi yang dah tentu amat sayu buat isteri yang baru kehilangan seorang insan bergelar suami.

Itulah kenyataan dari hakim tentang kes Ali Puteh dan juga Nor Hidayah.