Yasin Sulaiman terselamat, bebas hukuman gantung

5,751 views

Penyanyi Yasin Sulaiman, 47 tahun, kini telah dibebaskan dari tuduhan mengedar bahan terlarang dalam satu perbicaraan yang berlangsung pada hari ini.

Keputusan ini sekaligus mengesahkan Yasin tidak akan ke tali gantung, sudah terlepas.

Ternyata ini satu keputusan yang amat menggembirakan untuk Yasin, family dan semua yang memberi sokongan padu kepadanya.

“Saya amat rasa syukur dengan keputusan pihak mahkamah ini.” Itu luahan rasa lega dari Yasin Sulaiman.

“Syukur alhamdulillah, saya ikuti proses undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan yang dikeluarkan ini.”

“Terima kasih semua, terutama rakan serta keluarga, mereka sumber kekuatan saya.”

“Saya juga akan memperjuangkan meluluskan bahan ini sebagai bahan ubatan.”

Abang kepada Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman, 50 tahun pula menyatakan dan dan semua ahli keluarga juga lega dan amat bersyukur.

Walau masih tak lagi dapat beraya Aidil Adha, namun keputusan ini masih satu impak yang positif buat di dan family.

“Kami sekeluarga, semuanya amat bersyukur dengan perkembangan kes ini, sungguhpun Aidiladha ini kami masih lagi tidak dapat beraya dengan bersama dengan Yasin, namun syukur. Teramat lega dengan perkembangan kes dihadapi oleh Yasin ini.”

“Diharapkan semua rakan, teman dan para penyokongnya akan terus dan sentiasa mendoakan Yasin.”

Yasin Sulaiman dah pun terlepas dari hukuman ke tali gantung dan bebas tuduhan mengedar.

Kini penyanyi ini akan berdepan dengan tiga lagi tuduhan dan pendakwaan iaitu memiliki bahan yang dilarang.

Pendakwaan ini juga boleh memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang sebanayak sepuluh kali sebatan.

Kes pendakwaan Yasin Sulaiman selanjutkan akan disebut semula pada bulan Ogos 2022.