Hadiah anniversary, bukan dinner mewah, bercuti, tapi Atue bawa isteri pergi masjid

4,692 views

Tanggal tarikh 8 February, Atue Zero dan isteri, Shafeeqa menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka. Tahun ini perkahwinan mereka dah masuk ke tahun yang ke enam.

Sempena anniversary yang tiba, selalunya pasangan suami isteri akan sambut dengan percutian yang grand, dinner yang mewah atau majlis memotong kek bagai, tetapi tidak buat Atue dan isteri.

Melalui satu entry dari Shafeeqa, dia mendedahkan bahawa sempena anniversary, Atue telah membawa ke masjid.

Lebih manis, mereak hadir ke masjid dan mendengar ceramah dari Habib Ali Zaenal, tokoh yang dikagumi oleh Shafeeqa.

“Sejuk je wajah beliau. Syukur sangat Alhamdulillah. Saya dapat jumpa insan yang dah lama saya kagumi. Slalu hanya tengok kat laman media sosial saja, tapi kali ini dapat tengok secara live.”

“Saya dapat suami yang tidak pandai mahu buat surprise. Walau dia nak sorok-sorok dan berahsia dengan saya memang dia ni tak pandai. Mesti akan kantoi punya, saya ni memang seorang yang amat teliti orangnya.”

“Namun kali ini, dia dapat buat surprise pada saya. Allah yang bantu dia suprisekan saya. Tak ada anniversary dinner, tapi dia bawa saya pergi masjid. Baru dapat dengar ceramah secara live Habib Ali Zaenal di Masjid Bukit Jelutong.”

“Kita ni bukannya orang baik sangat, tapi nak jadi sebahagian ornag yang baik-baik. Banyak yang kena belajar lagi, sama-sama kita ye Atue. Terima kasih.”

Bercerita tentang suaminya, Shafeeqa menegaskan, walaupun nampak kelakar, Atue ini mempunyai sisi seorang yang tegas dan selalu berpesan kepada Shafeeqa.

“Jangan ingat Atue ni tak garang, walau ada komedi, ada juga ketegasannya. Selalu dia pesan dengan saya, jangan terjejas dengan makhluk. Saya pun masih tertanya dan kaji tentang apa yang dia pesan tu.”

Untuk info Atue Zero dan juga Shafeeqa bernikah pada tahun 2016 dan dikurniakan dua orang anak.