“Saya dah tiada gigi..” ~Pengakuan Iqram Dinzly

19,063 views

Pelakon Iqram Dinzly kini kembali aktif berlakon diusia nya dah masuk 41 tahun. Walaupun sering dilihat berkelakuan yang agak janggal dan pelik, nama Iqram kini menjadi pilihan produser setelah lakonannya dalam sebuah drama menjadi dan disukai penonton.

Iqram Dinzly berlakon bersama Shah Iskandar, Amar Baharin, Mona Allen dan Zamarul Hisyam dalam drama bersiri berjudul Hati Yang Terhianati.

Drama berkenaan diarahkan oleh pengarah hebat Bade Azmi, dan mendapat rating yang cukup baik.

Jelas Iqram, dia amat berterima kasih kepada Badi dan juga pihak produksi yang sanggup menerimanya walaupun gigi dah tiada. Ini komen Iqram kepada Berita Harian.

“Saya syukur sebab pengarah Bade dah beri sentuhan hebat sampai watak saya bernama Azlan dilihat benar-benar hidup.”

“Tidak hanya itu, syarikat produksi, Global Station Sendiriann Berhad sanggup terima saya seadanya sungguhpun gigi sudah tiada dan badan pula kini amat kurus.”

“Saya tak macam Iqram Dinzly yang dulu, yang sering jaga penampilan, kini saya jalan saja.”

Lakonan hebat Iqram sebenarnya mendapat pujian dari penonton dari juga pihak produksi sendiri termasuk pengarah dan pelakon lain yang memuji cara kerja dan lakonan Iqram Dinzly.

Pelakon ini akui, kini dia akan fokus dengan kerja dalam bidang lakonan, dan kemabli aktif.

“Ya benar, saya dah kembali aktif untuk berlakon. Allah dah atur dan susunkan masa terbaik untuk saya kembali semarakkan industri seni tanah air.”

“Ketika ini kebanyakan syarikat produksi memang tengah rancak jalankan penggambaran, oleh itu, mengapa tak nak cuba.”

Kata Iqram, dia bersyukur dapat jalinkan persahabatan dengan para pelakon lain dalam drama itu seterusnya memberi chemistry yang baik.

Ditanya tentang ada produksi yang masih cuak untuk ambil dia berlakon, kata Iqram Dinzly dia hanya manusia biasa, dan tak perlu nak ada rasa gentar.

“Tak logik ada yang khuatir nak offer saya berlakon. Adakah mereka lebih takutkan saya daripada Allah. Saya tak pernah rasa diri saya ni bagus sangat. Saya merupakan pejuang berjiwa seni saja.”

Iqram Dizly akui dia kini terima banyak tawaran berlakon dan yang paling latest ialah drama Lockdown arahan Ema Fatima.