Hafidz Roshdi ceraikan isteri, lafaz talak satu

7,087 views

Nampaknya hari ini ada satu perkembangan terkini berkenaan rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi, 29 tahun dan isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29 tahun. 

Dari laporan portal Harian Metro, dikatakan pelakon ini telah pun bertindak menceraikan isterinya itu hari ini. 

Memetik laporan Harian Metro itu, ada sumber mengatakan Hafidz Roshdi telah melafazkan untuk melepaskan isterinya itu dengan talak satu. 

Sumber juga berkata, lafaz yang diungkapkan oleh Hafidz Roshdi itu turut disaksikan oleh ahli keluarganya.   

Dikatakan, isterinya iaitu Nurul Shuhada juga akan bertindak untuk memfailkan perceraian pada 1 Mac ini. 

Yang sayunya, tarikh berkenaan juga sebenarnya merupakan tarikh lahir ataupun birthday buat Nurul Shuhada. 

Dari Instagram milik Shuhada, pada hari ini, wanita ini ada muatnaik kata-kata doa untuk dirinya dan anak-anaknya. 

Shuhada menulis berharap akan ada nikmat buat mereka anak beranak. Ini luahan dari Shuhada yang dimuatnaik pada hari ini.

Sebelum ini, kisah Hafidz Roshdi menjadi perhatian umum apabila dikatakan bermain kayu tiga dengan seorang wanita yang bernama Athira Yuhada. 

Pihak Athira Yuhada kemudiannya mengaku pernah menjalin hubungan namun kini semuanya dah berakhir. 

Shuhada ada membalas dan berkata, dia sedia memaafkan wanita berkenaan, namun sama sekali tidak akan melupakan perbuatannya. 

Tak lama selepas itu, Hafidz Roshdi ada memberi gambar bahawa dirinya sedang berusaha memujuk isterinya. 

Hafidz ada muatnaik foto memegang tangan isterinya itu, malah disertakan dengan lagu pengantin baru. 

Sehingga kini, belum lagi ada kenyataan rasmi dari pihak Hafidz Roshdi mahu pun dari pihak Nurul Shuhada tentang berita bahawa Hafidz sudah melafazkan talak satu, kita tunggu perkembangannya kelak.  

Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada berkahwin pada tahun 2016 dan mempunyai dua orang cahaya mata, yang sulung berumur 6 tahun dan yang kecil berumur 2 tahun.