Syamsul Yusof sah mencelah, Datuk Yusof Haslam dan isteri minta Puteri Sarah terus lawan

10,157 views

Ini perkembangan terkini tentang kisah rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dengan pengarah terkemuka Syamsul Yusof. 

Kini dah disahkan bahawa Syamsul Yusof telah pun menfailkan permohonan untuk mencelah dal satu petisyen perintah injuksi yang dilakukan terhadap isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Faghira Fatini atau lebih dikenali dengan nama Ira Kazar. 

Kata Puteri Sarah Liyana, dia baru saja tahu hal berkenaan dari pihak peguamnya. 

Namun begitu, Puteri Sarah tetap akan melawan dan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar.  

“Saya dapat tahu dari peguam tentang permohonan mencelah itu. Baru saja tahu kira-kira dua hari lepas, masa tu saya tengah kerja, ada penggambaran di Cameron Highland.”  

“Sebenarnya, saya pun tak jangka benda ini berlaku. Tetapi saya cuma nak cakap, saya akan lawan dan tetap lawan.”  

Puteri Sarah juga telah pun memberitahu hal berkenaan kepada ibu bapa mertuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan juga Datin Patimah. 

Kata Puteri Sarah, kedua ibu bapa mertuanya itu tetap memberi sokongan kepada Puteri Sarah. 

Malahan, Datuk Yusof Haslam dan juga Datin Patimah dijangka akan hadir ke mahkamah untuk Puteri Sarah pada 7 Mac ini.  

“Saya tak ada rasa takut dan saya pun dah cakap pada ibu bapa mertua saya. Mereka juga cakap untuk lawan dan Insyaallah mereka pun akan datang di mahkamah untuk beri sokongan kepada saya. Syukur alhamdulillah.” 

“Ibu bapa mentua saya cakap negara kita ni ada undang-undang, dan kita akan melawan. Ini cuma perkara kecil, saya tak ada apa nak kena risau.”  

Tentang perubahan sikap suaminya yang kini berpihak kepada family Ira Kazar, Puteri Sarah dah tak kisah. 

“Saya tak rasa apa-apa dah kerana saya memang sudah menjangkakan hal ini dari awal. Ibu mertua saya cakap pun yang Syamsul dah berkiblatkan kepada pihak sebelah sana.”  

“Harap pada 7 Mac ini semuanya dipermudahkan dan berakhir dengan baik. Saya tak nak ambil tahu apa-apa. Dia pun tak ada pujuk saya lagi dah, memang dia ada ajak berbincang tapi saya cakap apa-apa dia boleh beritahu peguam saya. Saya memang tak nak duduk berbincang dengannya.” 

Selain itu, Puteri Sarah Liyana, berkata kini dia duduk bersama ibu bapa mertuanya.  

“Sekarang ini saya dan anak semua tinggal di rumah ibu bapa mentua saya, sudah seminggu saya duduk di sana. Saya bawa mereka jumpa dengan atuk dan nenek mereka.” 

“Apa yang terjadi tidak akan ubah hubungan saya dengan ibu bapa mentua saya. Saya memang sudah menganggap mereka ni umpama ibu bapa kandung saya.” 

Itulah sedikit komen dari Puteri Sarah Liyana.