Pesanan khas dari Uqasha Senrose kepada Raysha Rizrose dan suami

3,326 views

Pelakon Raysha Rizrose telah pun selamat bergelar isteri semalam setelah bernikah dengan pasangannya Nabil Jeffri. 

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur iaitu Hotel Grand Hyatt. 

Hanya sekali lafaz, Nabil Jeffri sah bergelar suami kepada Raysha Rizrose, sekitar jam 850 malam, bersamaan dengan 22 Februari 2023. 

Untuk majlis ini, lebih kurang 200 tetamu telah hadir yang mana terdiri dari ahli keluarga serta teman rapat dan beberapa pihak media. 

Antara yang hadir ialah kakaknya iaitu Uqasha Senrose. 

Menerusi satu temubual, Uqasha Senrose sempat memberi pesanan kepada adiknya itu, yang kini dah pun memasuki fasa kehidupan yang baru sebagai isteri orang. 

Antara pesanan dari Uqasha Senrose kepada Raysha Rizrose ialah sebagai pasangan suami isteri, kedua mereka haruslah sentiasa saling menerima sikap pasangan dan kena ada sifat sabar yang tinggi. 

Ini pesanan dari Uqasha Senrose kepada adiknya Raysha Rizrose dan suami, Nabil Jeffri.  

“Kena terimalah semua yang baik serta buruk pasangan masing-masing, juga kena ada tahap kesabaran yang tinggi. Apapun, yang terpaling penting ialah kena ada rasa sayang antara satu sama lain.” 

Bagi Uqasha Senrose, dia bersyukur sangat sebab semuanya berjalan dengan lancar pada malam tadi. 

“Syukur alhamdulillah, saya nak ucapkan ribuan tahniah untuk adik saya, Raysha Rizrose dan juga suami, Nabil Jeffri. Semoga kalian berdua akan melayari bahteri rumah tangga dengan baik, amin.” 

Itulah sedikit ucapan ringkas dari Uqasha Senrose kepada adiknya. 

Sebelum itu, Uqasha Senrose dilihat ada mengalirkan air mata setelah menerima gambar dari Raysha Rizrose yang mana gambar itu mengenang kehidupan mereka sejak dari kecil.  

Raysha Rizrose merupakan adik kepada Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose serta sepupu kepada dua lagi pelakon adik beradik iaitu Oktovia Manrose dan juga Aprena Manrose. 

Lihat gambar-gambar majlis pernikahan Raysha Rizrose dan Nabil (TENGOK SINI)

Tahniah diucapkan buat Raysha Rizrose dan juga Nabil Jeffri di atas perkahwinan ini, semoga bahagia selalu.