Hafidz Roshdi pasang lagu pengantin baru, pegang erat tangan isteri

1,984 views

Nampaknya isu yang melibatkan Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada dan wanita bernama Athira Yuhada sudah pun selesai. 

Ketiga-tiga mereka pun dah buat setatement masing-masing. 

Athira Yuhada telah mengakui ada terlibat dengan Hafidz Roshdi, namun kini telah pun mengakhirinya dan telah pun membuat permohonan maaf kepada Shuhada dan juga anak-anaknya. 

Kemudian, Shuhada pun telah memberi kenyataan darinya, dengan mengatakan dia tak mahulah memanjang hal ini lagi. 

Kata Shuhada, walaupun sukar untuk dirinya memaafkan, namun dia akan maafkan Athira Yuhada akan tetapi tak akan melupakan hal ini. 

Selepas kedua dua wanita berkenaan membuat kenyataan, kali ini, buat pertama kalinya, Hafidz Roshdi ada memberi gambaran tentang perkembangan status terkini hubungannya dengan isteri. 

Pelakon berumur 29 tahun ini telah memuatnaik tangannya sedang memegang erat tangan seorang wanita, dikatakan tangan isterinya Shuhada. 

Hafidz Roshdi telah menyatakan kesyukuran, dan meminta semua pihak untuk mendoakan dirinya dan keluarga. 

Ini caption yang ditulis oleh Hafidz Roshdi. 

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga.” 

“Doakan yang baik-baik, doakan agar hubungan kami kekal sehinggalah ke syurga firdaus amin.” 

Hafidz Roshdi turut meletakkan tanda emoji love dan juga tangan sedang berdoa di captionnya. 

Selain itu, Hafidz juga menggunakan lagu pengantin baru sebagai latar belakang gambar berkenaan.

Hafidz Roshdi juga telah tag lokasi di gambar berkenaan sedang berada di Perlis, iaitu kampung halaman isterinya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terus mendoakan agar perkahwinan antara Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada terus utuh dan berkekalan. 

Ada juga yang terus mengingatkan Hafidz Roshdi agar jangan ulangi hal ini lagi, dan kena tetap menghargai isterinya. 

Semoga apa yang terjadi akan tmenjadi pengajaran buat Hafidz Roshdi dan semoga semuanya baik-baik saja untuk keluarganya.