Siti Nurhaliza akui kurang yakin bertutur Bahasa Inggeris, tapi mampu bertutur di luar negara

8,143 views

Datuk Seri Siti Nurhaliza satu nama besar dalam dunia seni tanah air. Kelunakkan nyanyian Siti Nurhaliza ini bagaikan suara emas yang mampu membuat ramai terpaku jika mendengarnya. 

Selain menyanyi, Siti Nurhaliza juga berjaya dalam bidang perniagaan, menerusi jenama Simply Siti. 

Walaupun sudah meraih pelbagai kejayaan, apabila ditanya tentang kekurangan, Siti Nurhaliza akui, antaranya kekurangannya ialah untuk bertutur dalam English. 

Penyanyi berumur 44 tahun ini akui, dirinya kurang yakin untuk berbicara menggunakan Bahasa Inggeris atau English. 

Namun begitu, Siti Nurhaliza berkata, dia boleh saja cakap English kalau berada di luar negara, kerana mereka tak suka memperlekehkan orang apabila bercakap dalam English. 

“Saya ni mungkin kurang yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris, English. Itu sajalah kekurangan saya ni. Tetapi sebenarnya saya mampu saja untuk cakap English sekiranya berada di luar negara atau jika seseorang itu tak menghakimi.” 

Kata Siti Nurhaliza lagi, dia dilahirkan dalam keluarga yang berbicara dalam Bahasa Melayu, oleh itu memang tak biasa berbahasa Inggeris. 

Baginya, untuk cakap English ni, seseorang itu kena ada keyakinan dan kena selalu berlatih. 

“Sememangnya saya boleh akui bahawa untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dengan lancar, kita kena ada sifat berani dan juga kena selalu berlatih untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.”  

“Mungkin saya ni dibesarkan oleh keluarga yang tak bertutur dalam Bahasa Inggeris, kami berbicara guna Bahasa Melayu saja di rumah.” 

Walaupun begitu, itu tak melemahkan semangat atau pun mematahkan keyakinannya untuk terus berjaya.  

“Itu memang cabaran yang saya kena hadapi. Tetapi saya tak lihat kekurangan ini untuk mematahkan semangat nak berjaya.”  

“Orang Jepun dan orang Barat pun guna bahasa ibunda mereka, memperkayakan bahasa mereka dan mereka ni pun jauh lebih ke depan kalau nak banding kita.”  

Siti Nurhaliza juga sempat berpesan, janganlah terlalu berbangga jika fasih cakap English sehingga memperkecilkan orang lain.  

“Jangan anggap jika kita tak boleh cakap English, kita tak boleh ke luar negara.”  

“Dan janganlah terlalu berbangga kalau petah cakap English sehingga nak memperkecilkan orang lain yang kurang fasih cakap English.”  

“Tak salah jika kita ada tersilap dan jika ada yang tegur pun, kita belajarlah. Saya pun nak ucap terima kasih kepada yang ada tegur saya.” 

“Tapi jangan nak mengecam sesuka hati, sebab belum tentu diri sendiri tu sempurna.”  

Itulah kenyataan dari Datuk Seri Nurhaliza tentang bahasa Inggeris. 

Dilihat dari ruangan komen, ramai yang setuju dengan kenyataan ini, dan berkata, kalau orang luar negara mereka tak kisah jika tersalah cakap semasa berbicara dalam English. 

Namun kalau kat Malaysia ni, habis kena bahan sampaikan ada yang mengejek pula. 

“Orang luar memang okey, tapi kalau di Malaysia ni, dorang selalu mengejek kalau silap cakap atau tak fasih.”  

Itu antara komen peminat Siti Nurhaliza.