Sekarang ni Hafidz Roshdi memang sedang dalam pemerhatian orang ramai. Semuanya gara-gara pendedahan tentang kes orang ketiga yang hadir dalam perkahwinannya.
Hal ini telah didedahkan oleh isterinya sendiri iaitu Nurul Shuhada Shukri menerusi beberapa luahan hati.
Bila nama dah terpalit, memang ramai warga maya yang mula mengunjungi laman media sosial milik Hafidz Roshdi.
Setelah isu ini semakin panas, Hafidz Roshdi dilihat belum membuat sebarang kenyataan.
Pelakon berumur 28 tahun ini hanya tenang-tenang saja, malah ada muatnaik foto terkini yang bertanya orang ramai tengah komen apa tu, sambil tangan menunjuk ke ruang komen.
BUAT SATU SESI LIVE PELIK
Selain itu, yang paling latest, Hafidz Roshdi juga telah buat satu sesi live yang agak pelik di laman Instagram miliknya.
Ianya dibuat pada malam tadi, malam Khamis, sekitar jam 8 malam, yang mana Hafidz Roshdi dilihat sedang berjalan menuju ke rumahnya.
Sepanjang sesi live, Hafidz Roshdi hanya berjalan kaki saja dan tidak berkata apa-apa, hanya melihat komen yang ditulis oleh netizen.
Sesi live itu ditonton lebih dari 6ribu viewers dan memang banyak komen yang ditulis oleh orang ramai.
Rata-rata komen yang ditinggalkan mahu kenyataan serta jawapan dari Hafidz Roshdi tentang isu yang sedang melanda pelakon berkenaan.
Ini antara komennya: “Live tengah jalan kaki je ke, kami nak kan jawapan.”
“Nak tunjuk apa ni buat live, jalan kaki je, tengah main kayu tiga ke.”
Apabila Hafidz Roshdi tiba ke rumahnya, dia terus saja menghentikan sesi live berkenaan, tanpa sebarang kata-kata.
PANGGILAN TAK DIANGKAT
Dalam pada itu, menerusi kenyataan oleh portal hiburan Gempak, pihak wartawan ada cuba call Hafidz Roshdi, namun sehingga kini panggilan tidak dijawab.
IDENTITI WANITA KETIGA DIDEDAHKAN
Semalam juga, identiti serta wajah wanita bernama Athirah Yuhada yang dikaitkan sebagai orang ketiga telah pun dikenalpasti oleh orang ramai.
Malahan perbualan antara mereka berdua juga telah ditunjukkan oleh satu akaun menggunakan nama Jabatan Netizen.
Ini wajah serta identiti wanita yang dikatakan orang ketiga itu, boleh lihat (DI SINI)
Sehingga kini Hafidz Roshdi masih lagi mengambil tindakan mengunci mulut dan tak beri sebarang kenyataan.