Wajah wanita menyondol Hafidz Roshdi didedahkan, mesej perbualan juga tersebar

44,187 views

Nampaknya kini macam dah musim pula selebriti tanah air terlibat dengan kisah orang ketiga atau pun wanita yang dilabel sebagai penyondol. 

Kali ini nama pelakon Hafidz Roshdi pula terpalit dengan isu orang ketiga ni. 

Semuanya telah pun didedahkan oleh satu akaun Ig dikatakan milik isteri kepada Hafidz Roshdi sendiri iaitu Nurul Shuhada Shukri. 

Memang habis Hafidz Roshdi kena serbu dengan netizen di luar sana di laman Instagram miliknya. 

Pelbgai komen diberikan kepada Hafidz Roshdi apatah lagi sebelum ini Hafidz sendiri pernah tampil menafikan hal berkenaan menerusi kenyataan di program Melodi pada hari Ahad lalu. 

Ramai juga tertanya tanya siapakah wanita yang terlibat dengan Hafidz Roshdi ini, kerana Shuhada belum lagi mendedahkan nama wanita berkenaan. 

Namun akhirnya semua dah terbongkar. Yang paling latest, akhirnya identiti wanita berkenaan telah dikenal pasti. 

Dari sebuah hantara oleh akaun Jabatan Netizen Negara, dikatakan wanita tersebut bernama Athirah Yuhada. 

Malahan, ada juga gambar perbualan antara wanita itu dengan Hafidz Roshdi yang telah di muat naik. 

Dari perbualan itu, Hafidz Roshdi siap memanggil wanita berkenaan dengan panggilan sayang lagi. 

Hafidz Roshdi juga meluahkan rasa rindu terhadap wanita berkenaan dan meminta gambarnya. 

Ini gambar dan juga perbualan yang dimuatnaik oleh IG Jabatan Netizen Negara. 

Meninjau pemilik akaun Athirah Yuhada, dapat dilihat wanita berkenaan telah deactivated akaunnya. 

Sehingga kini Hafidz Roshdi dilihat tenang saja, malah sempat bergurau dengan netizen dengan muatnaik gambar bertanya sedang komen apa tu, di laman media sosial miliknya. 

Masih belum ada lagi sebarang kenyataan dari pihak Hafidz Roshdi tentang isu melibatkan isterinya iaitu Nurul Shuhada Shukri dan juga wanita bernama Athirah Yuhada ini.