Isteri minta maaf pada Hafidz Roshdi

12,100 views

Kisah perkahwinan pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri kini diketahui ada pergolakkan. 

Setelah ada luahan hati dari satu akaun dikatakan milik Shuhada, ramai beranggapan memang benarlah bahawa hafidz Roshdi sedang bermain kayu tiga. 

Malahan, netizen bertindak pantas dan terus saja mencari siapakah gerangan wanita yang dilabel sebagai penyondol itu. 

Akhirnya telah ditemui identiti wanita berkenaan yang dikenali sebagai Athira Yuhada, seorang wanita yang menceburi bidang seni juga. 

Ada juga paparan mesej antara Hafidz Roshdi dengan wanita tersebut yang sudah pun tersebar kepada umum. 

Namun begitu, semalam, isteri kepada Hafidz Roshdi sekali lagi muatnaik satu lagi luahan hati. 

Kali ini luahan berkenaan dibuat menerusi satu akaun Tiktok. 

Satu video telah dimuatnaik yang mana menunjukkan Shuhada sedang memeluk suaminya itu. 

Namun caption yang ditulis ternyata membuat ramai tersentuh. 

Shuhada telah memohon maaf kepada suaminya, dengan mengakui dirinya seorang yang tak sempurna. 

Namun Shuhada berkata dia sentiasa ada di sisi Hafidz Roshdi ketika suaminya itu memerlukan dirinya. 

“Minta maaf, mungkin saya ni tidaklah sempurna di mata awak. Namun begitu, saya pernah ada di sisi awak ketika awak memerlukannya.” 

Ini luahan dari Nurul Shuhada kepada Hafidz Roshdi. 

Melihat ruangan komen, orang ramai dilihat menulis pendapat dengan memberi kata-kata semangat kepada Nurul Shuhada. 

“Teruskan jadi seorang yang kuat sis. Buat demi anak-anak.” 

“Kena terus lawan, untuk cinta.” 

“Sis kuat, sekarang fokus pada diri sendiri, dan juga anak-anak, jangan lupa untuk terus berdoa.” 

“Bini dia ni memang cantik je, comel tengok, lelaki je tak reti nak hargai.” 

Apapun, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi dari ketiga-tiga pihak iaitu dari Hafidz Roshdi, dari isterinya Shuhada mahupun dari orang ketiga tersebut.