Jejaka bernama Ahmad Iqbal Zulkefli kini selalu saja jadi bualan ramai sehingga masuk ke berita di portal-portal tanah air.
Setelah isu melibatkan dirinya dengan Dato Seri Vida menjadi isu hangat, ada saja cerita tentang Iqbal keluar. Nak buat lagulah, reject Caprice, tayang barangan mewah, dan yang terbaru ada isu dengan pengarah terkenal Michael Ang.
Kisah antara Iqbal dan Michael Ang itu akhirnya mendapat reaksi dari seorang lagi pelakon, yang turut memberi pendapatnya tentang Iqbal. Pelakon berkenaan ialah Mustaqim Bahadon.
Jelas Mustaqim Bahadon, dia rasa agak meluat melihat berita tentang Iqbal sering terpapar di laman media sosial.
Oleh itu, Mustaqim berharap Iqbal dapat berhenti dari menggunakan laman media sosial buat sementara waktu. Ini komen Mustaqim dari laporan Mstar.
“Saya rasakan adalah lebih baik jika dia rehat dari laman media sosial. Bila dia selalu sangat di laman media sosial ini, akan jadi panas hati, orang petik nama dia, dia pun naik angin.”
“Media tak salah pun menulis kerana itu cerita sedang hangat sekarang ni, tetapi saya wakil pada netizen dah rasa naik meluat dengan cerita dia.”
“Mulanya okay lah, cerita cinta tak kesampaian namun sekarang macam-macam cerita, tentang kucing dialah, pasal jam tangan, akhirnya jadi menyampah pula.”
“Bila dia ada beri reaksi, dan melatah, media akan cover cerita itu pula, tu yang buat orang makin meluat dengan kisah dia tu.”
Sebelum ini Mustaqim ada menulis mengatakan tak ada pun yang peduli tentang dirinya, dan minta dia rehat.
Mustaqim berkata lagi, dia pun ada rakan yang kaya raya, namun tidak ada menunjuk seperti Iqbal, oleh itu dia meminta Iqbal merendah diri.
“Saya pun ada member yang benar-benar kaya. memang kaya betul. Tapi tiada macam dia nak menunjuk, rileks dahlah. Jika Iqbal ni cool saja, mesti ramai yang suka.”
“JIka dia ni rendah diri, buat baik, menderma, tubuh yayasan, mesti lagi ramai yang gemar dengannya. Buat kebaikkan, hentikan drama semua ni.”
Mustaqim Bahadon sempat juga minta maaf tentang komennya ini, dan hanya menyuarakan pendapatnya saja.
“Saya minta maaf kerana beri komen macam ni, sebelum ini skip saja kalau cerita tentang dia keluar. Selepas satu, satu cerita keluar, tu yang bersuara akhirnya.”