Pachara Apin pula dedah cerita, perangai Afiq Muiz dan adik beradiknya

3,140 views

Ini merupakan update kepada kisah yang melanda pelakon Afiq Muiz dengan wanita bernama Pachara Emmanuel Apin. 

Afiq Muiz dan Pachara Apin sebelum ini telah bernikah pada tahun 2019. Namun hubungan suami isteri ini telah beretakkan dan tidak diketahui sama ada dah berpisah atau pun belum. 

Kini kes mereka berdua dah pun masuk kes polis. 

Semuanya bermula apabila adik kepada Afiq Muiz iaitu pelakon Aishah Azman mendedahkan Pachara telah berbohong dan buat cerita kononnya abangnya itu ada memukulnya. 

Aishah Azman juga mendedahkan bahawa Pachara ada mempunyai hubungan dengan lelaki lain malah duduk serumah semasa masih lagi berstatus isteri kepada Afiq Muiz. 

Setelah pendedahan dari Aishah Azman itu, Pachara Apin akhirnya tampil mendedahkan cerita dari pihaknya pula. 

Jelas Pachara, dia secara sinis mengatakan memang hebat adik beradik iaitu Aishah Azman dan Afiq Muiz buat cerita. 

Hebat cerita adik-beradik ni. Kenapa tak berlakon je satu family.” Tulis Pachara Apin. 

Pachara Apin menyatakan bahawa Afiq Muiz seringkali memukulnya malah pernah buat report polis pada tahun lalu. 

Namun kerana kasihan melihat Afiq Muiz digari pihak berkuasa, Pachara Apin telah menarik semula report berkenaan. 

Pachara kemudian ada muatnaik beberapa bukti keadaan dirinya sepanjang bergelar isteri kepada Afiq Muiz. 

Malahan, Pachara Apin juga ada melabel Afiq Muiz sebagai seorang yang munafik. BUkan itu saja, Pachara juga menuduh semula bahawa Afiq Muiz yang bermain kayu tiga, bukan dirinya. 

Ini beberapa hantaran dari Pachara Apin tentang Afiq Muiz. 

Laporan polis dari Pachara Apin tahun 2021 serta foto lebam.

Ini pula foto kesan dikatakan perbuatan Afiq Muiz.

Semalam, Afiq Muiz ada buat satu report polis terhadap Pachara Apin yang dikatakan telah mereka cerita dengan pelbagai tuduhan yang tak benar. 

Oleh kerena kes Afiq Muiz dan Pachara Apin ni dah jadi kes polis, kita tunggu saja siasatan dari pihak berkuasa.