Harris Alif, Intan Ladyana tak beri izin

2,694 views

Setelah dua tahun tak beraya sakan, tahun ini rakyat Malaysia dapat meraikan sambutan aidilfitri dengan skala yang lebih meriah.

Tiada lagi sekatan untuk beraya, kini semua bergantung kepada kesedaran diri sendiri untuk berjaga jaga semasa beraya pada tahun ini tatkala penyebaran virus masih lagi ada.

Sudah tentu golongan yang paling risau ialah ibu bapa yang mempunyai anak kecil terutamanya baby.

Itu jugalah yang dirasai oleh pelakon yang kini dah bergelar bapa iaitu Harris Alif, 23 tahun, suami kepada Intan Ladyana, 40 tahun.

Harris Alif dan Intan Ladyana baru saja bergelar ibu bapa setelah Intan selamat melahirkan baby girl pada hujung bulan Januari lepas.

Anak comel ini diberi nama Evie Khadeeja, cantik betul namanya.

Sebagai anak selebriti terkenal, sudah tentu Evie Khadeeja akan menjadi tumpuan orang ramai di hari raya ini.

Bagi melindungi anaknya, Harris memberiathu dia tidak akan membenarkan Evie Khadeeja dicium sesiapapun.

“Budak-budak ini terlalu sensitif apatah lagi kalau ada orang nak cium, nak pegang. Untuk perkara itu, saya kena buat SOP sendiri.”

“Bukannya saya tak bagi orang lain nak pegang atau cium anak tetapi baby ini kan masih lagi dalam fasa fragile. Jadi kenalah sentiasa berjaga-jaga”

Harris menyatakan, boleh nak pegang biasa-biasa tapi jangan cumbu atau pun berlebihan.

“Setakat nak pegang biasa tu saya tak ada isu pun. Sekarang ini situasi masih lagi agak rumit, terpaksalah kami berjaga-jaga demi keselamatan anak kecil ni.”

Mengambil langkah berhati hati, jelas Harris, hal ini penting sebab kalau apa yang terjadi kepada Evie Khadeeja, hanya dia dan Intan Ladyana yang akan kena tanggung kesannya.

“Saya memang rasa khuatir dan takut sekiranya berlaku apa-apa hal yang tak diingini keada Evie Khadeeja, kalau berlaku pada anak, ibu bapa saja yang kena hadap semuanya. Oleh itu, memang selalu saya dan Intan akan memberi pesan untuk mereka yang melawat agar tidak cium anak kami. Siapa tidak sayangkan anak kan.”

Itulah komen Harris Alif tentang tindakan dia dan isteri, Intan Ladyana lakukan demi anak mereka Evie Khadeeja.