“Raya paling bermakna” Myra Natasha bergambar bersama Halim Othman dan ibu

4,300 views

Kisah pendedahan bahawa Halim Othman mempunyai anak perempuan yang juga seorang selebriti telah diketahui umum.

Anak Halim Othman ialah Myra Natasha, seorang pelakon dan pengacara berumur 27 tahun yang juga merupakan bekas finalis Dewi Remaja.

Kisah antara Halim Othman dan juga Myra Natasha ini mendapat perhatian orang ramai, sebab rata-rata terkejut setelah mengetahui Halim pernah berkahwin apatah lagi mempunyai seorang anak.

Di hari raya yang menjelma pada 2 Mei pada tahun 2022, bagi Myra Natasha, ianya merupakan satu detik yang penuh bersejarah buat dirinya.

Bukan saja dia dah berjaya memberitahu semua orang siapa identity bapanya, malah raya kali ini, Myra juga akan dapat beraya bersama-sama dengan Halim Othman pulang ke kampung bapanya.

Sebelum ini memang Halim Othman tidak dapat beraya bersama Myra Natasha kerana rahsia yang disimpan rapi.

Menerusi satu entry di laman IG, Myra Natasha turut muatnaik gambar dia bersama ibu bapa kandungnya iaitu bapa Halim Othman dan juga ibu kandung Yusnita Omar. memang cantik ibu kepada Myra Natasha ni.

Caption yang ditulis ialah “Raya paling bermakna.

Ini gambarnya, Myra Natasha bersama ibu dan bapa kandung.

Bercerita tentang pengalam dulu, semasa hari raya, Myra akan sambut hari raya dengan ibu dan juga empat orang adik tirinya saja.

“Syukur sebab saya memang ada family dan dapat sambut raya dengan mereka. Tetapi di hati saya ni, memang nak juga sambut hari raya dengan bapa.”

“Sebelum ini, selalunya di pagi raya, saya hanya minta maaf kemudian bagi ucapan hari raya dari panggilan video kepada bapa.”

“Kami hanya akan bertemu selepas dua minggu hari raya. Ketika itu baru bapa ada kat ibu kota setelah menyambut hari raya bersama keluarga dan saudara-maranya di Terengganu.”

Jelas Myra dia amat berterima kasih kepada kedua orang ibu bapanya sebab memberi hari raya yang paling indah pada tahun ini.

“Terima kasih kepada bapa saya sebab beri saya ruang beraya bersamanya pada tahun ini. Penghargaan juga saya tujukan kepada ibu yang sanggup berkorban melepaskan saya untuk raikan hari raya bersama keluarga bapa di Terengganu pula.”

Syukur, akhirnya bahagia yang telah dikecapi oleh Myra Natasha, anak kadung kepada Halim Othman dan juga Yusnita Omar.